Monday February
29.2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Kes pembunuhan
Bernard Thien kenapa kerajaan Malaysia terlalu
memandang sepi dan kenapa tidak menyerahkan Waran Tangkap kepada kerajajan Filipina
untuk berbuat demikian.
Pembunuhan keatas
Bernard Thien oleh pengganas Filipina
telah bebas begitu saja tanpa diambil sebarang tindakan undang-undang walaupun
ia berlaku pembunuhan diluar Malaysia.

Apakah penjelasan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia
terhadap keluarga mangsa (Bernard Thien) dalam hal ini sehingga tiada hukuman di
jalankan terhadap penjenayah terbabit.
Wong selanjutnya berkata bahawa kerja semudah ini pun tidak
dapat dilaksanakan, Malaysia pasti akan menjadi jenaka antarabangsa lagi kerana
membebaskan pembunuh warganegara Malaysia melalui kesilapan yang langsung tidak
munasabah untuk berlaku.

Apa yang lebih membimbangkan adalah selepas penjenayah
ini dibebaskan, sama ada dia akan melakukan penculikan di Sabah lagi? Oleh itu,
beliau turut meminta Kerajaan mengukuhkan pertahanan secara menyeluruh
pada masa depan dan sekiranya ada kes yang melibatkan penjenayah tersebut,
Kerajaan haruslah bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment