Wednesday
February 10.2016
NUKILAN ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com
AMANAH saya lihat ada peluang yang cerah banding PAS dulu
sebab AMANAH jelas terbuka kepada semua bangsa banding dengan PAS sebelumnya
dan itu sebab PAS Sabah agak susah sedikit.
PAS Sabah sehingga sekarang ini tidak pula saya dengar
apa berita selanjutnya tetapi AMANAH jelas begitu aktif sekali dan Pak Hamzah
Abdullah begitu memperlihatkan keaktipan yang cukup di luar jangka.
Pak Hamzah bergerak dari beberapa daerah ke lain daerah
dan kekadang ada di Tawau, kekadang di Kudat dan kekadang di Batu Sapi dan memang
sesuatu yang cukup berat ia lakukan seorang sendirian atau barangkali ada
teman-temannya di belakang membantu.
Usaha yang dilakukan oleh Pak Hamzah cukup berkesan demi
kesedaran anak bangsa kita di Sabah dan ini harus menjadi contoh buat yang lain
yang hanya bergerak mengharapkan ada sumber kewangan dari pihak lain tetapi pak
Hamzah bergerak sendiri dan berusaha sendiri yang kekadang bermacam terfikir
kesulitan yang beliau hadapi.
Saya sebenarnya tidak teragak-agak menyokong insan
politikus semacam ini yang bukan semata bercakap tetapi turun ke lapangan dan
mendekati rakyat.
Selayaknya dirinya sendiri harus bertanding di salah satu
kerusi ADUN atau MP di Sabah dan rakyat harus menyokongnya tanpa belah bagi dan
saya yakin dia boleh bercakap di DUN atau parlimen nantinya untuk menyuarakan
kehendak rakyat.
Meski saya sebenarnya tak begitu rapat atau barangkali
tak pernah ketemu berdepan tetapi yang benar harus saya katakan benar kerana
saya mahukan pemimpin yang diangkat nanti bukan jenis hanya menunggu arahan
tetapi terus bergerak dan bergerak bukan mendiamkan diri dan mengharapkan
atasan memilihnya menjadi calon election nanti.
Tahniah Pak Hamzah Abdullah
No comments:
Post a Comment