NAZRI AWALAUPUN KURANG AJAR DAN BIADAP TETAP ROSMAH SANJUNG SEBAGAI PAHLAWAN ATAS KEBERANIANNYA MENCELAH ANJING DAN BODOH


Monday February 29.2016

OLEH: NURLIAYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

NAZRI....Kurang Adab  Cuma Biadap dan Kurang Ajar


PEMIMPIN itu tentunya harus menggunakan bahasa yang baik dan berhemah. Bukan saja bahasanya malah juga tingkah dan olah serta perbuatannya.

Pemimpin yang memang diundi itu bukan semata pemimpin parti yang ia sertai, malah ia menjadi pemimpin semua rakyat Malaysia yang sejumlah 30 juta orang sebab pemimpin yang memang itu mendapat gaji dari rakyat yang membayar cukai dan segala macam bayaran.

Di Malaysia ini saya perhatikan adalah pemimpin kalangan UMNO sendiri kurang beradat bila bercakap dan saya perhatikan Najib sendiri mengeluarkan kata HARAMJADAH kepada mereka yang menerima Br1M tetapi tidak menyokong kerajaan BN.

Kita harus tahu bahawa Br1M itu bukan wang BN dan itu hak rakyat dan semua rakyat yang layak harus diberikan sama sebab itu hasil negara kesan cukai yang dibayar oleh rakyat sendiri dan bukan hak BN.

Jika ada yang tidak menyokong BN, maka itu hak rakyat dalam negara demokrasi berparlimen.

Terkait hal Nazri, jelas seorang Nazri ini ketika berbahasa seolah tidak tahu adat dan sikapnya agak keterlaluan dan kesan mahu disanjung dia sanggup mengeluarkan kata ANJING dan Bodoh kepada TS Muhyiddin dan Datuk Safie Apdal.

Cara dan tidakan Nazri itu jelas seolah dirinya tidak bertamadun dan tidak boleh jadi pemimpin yang berhemah mulia dalam semua hal.

Siapa Nazri yang mengatakan Muhiyddin dan Safie sebagai anjing dan bodoh? siapa sebenarnya yang bodoh. Adakah kedua YB atau itu Nazri sendiri?

Kelihatannya seorang yang bernama Nazri merangkap menteri pelancongan dan KEBUDAYAAN tidak tahu makna pelancongan dan makna kebudayaan itu sendiri.

Pelancongan itu amat penting dan kita harus memperlihatkan sikap yang baik serta hormat kepada semua orang yang datang ke negara kita dan tentu Nazri faham keadaan ini.

Bila disebut soal Kebudayaan yang asalnya BUDI dan DAYA tentu terkait istilah sikap, adat, tingkah laku termasuk kata dan perbuatan diri kita sendiri.

Budi dan Daya itu dicantuk menjadi Kebudayaann yang tentunya melambangkan sikap dan tata cara hidup budaya kita yang menghormati orang lain dan jika Nazri tidak faham maksud Pelancongan dan Kebudayaan maka jelas dia mengheret
manusia malaysia ini kepada budaya yang tidak beradat atau dengan kata kasar BUDAYA KURANG AJAR.

Inilah kebangangan antara pemimpin UMNO yanh mahu naik ke atas dan perbuatan ini pula mendapat sanjungan dari seorang isteri PM bernama ROSMA yang menggelar Nazri sebagai pahlawan. Pahlawan apa?

Memang tidak beradat kalaupun saya tidak mengatakan Nazri kurang ajar cuma biadap.



No comments:

Post a Comment