SENGSARA PARA PENIAGA MEMBAKUT TIADA BEKALAN AIR PAIP

Monday February 08.2016

LAPORAN: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.b;ogspot.com

PAIP MEMBAKUT: KELUAR ANGIN DAPUR TAK BERASAP?
( kesihan peniaga-peniaga 
ahad/tamu untung berganda tak menjadi) 


DI Membakut ada sungai. Sungai di Kg Brunei kekadang meski tiada hujan bisa melimpah dan kampung Brunei kekadang berminggu semacam kampung air.
Meski ada sungai dan airnya lebih dari cukup tetapi air paip selalu tergendala dan airnya lambat sangat. Kekadang sehari dua tak ada air dan itu cukup menyusahkan.
HARI INI PAIP AIR MENGELUARKAN ANGIN DAPUR TAK BERASAP.kes begini bukan sekali tapi ulang-ulang  kali.
Kalau memang dimusim kemarau barangkali bolehlah diterima alasan, tetapi selama saya tinggal di kampung brunei sejak lahir hingga kini tak pernah sungai Membakut kering dan tidak berair.
Kenapa jadi demikian?
Kalau demikian memang ada silapnya dan kenapa sejak bertahun-tahun hal semacam ini terus menjadikan rakyat di kawasan berkenaan susah dapat air?
Tidak dinafikan dalam hidup ini air lebih utama banding letrik dan tanpa air, maka bagaimana mahu ambil air untuk solat dan bagai mana mahu berak dan bagaimana mahu masak dan cuci segalanya. sungkilat bha!
Inilah masalahnya di Membakut dan belum disentuh lagi hal letrik yang memang sejak dulu sering tergendala dan jika tak tergendala tenaga letriknya terus dicatu yang menyebabkan alat-alat eletrik selalu rosak kesan catuan itu.
Sampai bila hal semacam ini terus berlaku di Membakut yang melibatkan kg brunei, pimping, binsuluk, gana, tandui, takapan, bandau, mawao, pekan membakut, baitam, sungai damit dan banyak lagi kampung-kampung  di sekitar itu.
Siapa saja wakil Rakyat Parlimen dan DUN Membakut? keduanya adik ketua menteri dan menantu ketua Menteri. Tidak mungkin perkara asas ini tidak boleh diselesaikan.
Ah, nampaknya BN kena hantar TANGKI BIRU tanpa tiang ke sana dan BR1M bolehlah digunakan untuk membina tiang dan selepas itu kerajaan kutip lagi melalui GST.


No comments:

Post a Comment