GAGAL SEKALI BUKAN GAGAL UNTUK SELAMANYA.....CHAN T H



Saturday February 27.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahkini16.blogspot.com


ELOPURA:-Kemiskinan yang membelenggu keluarga  bukan untuk selama-lama menghadapi kesusahan ia boleh berubah jika  berusaha sedaya upaya.

Jika kita menghadapi kegagalan sekali ini tidak bermakna terus gagal untuk selama-lamanya  sebagai manusia kita harus berani berdepan dengan pelbagai cabaran itulah pintu dan kunci untuk menuju sesuatu kejayaan yang akan dikecapi dan tidak perlu menuding jari atau merungut.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Elopura Chan Tzun Hei berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Pelajar yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (MSK) Pengiran Galpan baru-baru ini.

Sambil itu  Chan mendorong pelajar agar sentiasa mengamalkan sikap positif, jangan salahkan orang lain apabila menghadapi sebarang halangan apabila menjalankan sesuatu


“Saya  juga  pernah berkongsi pengalaman  ketika  saya menuntut pelajaran dan melibatkan diri dalam kokurikulum semasa berada di sekolah


Jangan tanya apa yang komuniti buat untuk anda, tetapi tanya diri sendiri apa yang anda boleh melakukan agar menjadikan komuniti semakin ceriah” kata Chan”

Kata Chan lagi  pelajar-pelajar agar tidak memutus asa apabila menghadapi kegagalan manakala memifikirkan kesalahan kita dan memperbaikikannya segala kesilapan yang berlaku.POSTED BY SABAHKINI.NET



No comments:

Post a Comment