Thursday February 04.2016
PEGAWAI Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Samsuddin Erang (tengah) mengiringi dua lelaki warga Filipina,
OLEH: THOMAS SUNGGIUK
www.sabahinsider14.blogspot.com
KOTA KINABALU: Sepintar-pintarnya tupai melompat akhirnya jatuh
ketanah juga dan gara-gara dua lelaki
warga Filipina memiliki resit kad pengenalan palsu dan kedua-duanya mengaku bersalah Mahkamah
Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 22 bulan berkuatkuasa serta
merta.
Majistret Cindy Mc Juce Balitus memerintahkan Nadzrin Ladjin, 25, dan
Rasidin Mubin, 21, masing-masing menjalani hukuman itu bermula tarikh mereka
ditahan iaitu pada 28 Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 25(1)(e)
Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1997 (Pindaan 2007), turut diperintah
dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.
Berdasarkan fakta kes,
kedua-dua tertuduh dikesan memiliki resit kad pengenalan palsu ketika
pemeriksaan polis dalam Ops Ledak Siri 1/2016 di Balai Polis Karamunsing, di
sini, pada jam 11.15 pagi, 28 Januari lalu. Nadzrin memiliki resit kad
pengenalan bernombor 910608-12-6397, manakala Rasidin memiliki resit kad
pengenalan bernombor 950514-12-6051.
Semakan dengan Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) Kota Kinabalu mengesahkan resit berkenaan adalah palsu kerana tiada rekod
ia pernah dikeluarkan oleh jabatan berkenaan.
Mereka kemudian mengakui
membeli resit berkenaan dengan harga RM1,500 sekeping. Pendakwaan dikendalikan
oleh Pegawai Pendakwa JPN Sabah, Samsuddin Erang, manakala kedua-dua tertuduh
tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment