MOHAMAD TAIB KENA CERMIN WAJAH DULU BARU BERCAKAP


Selasa Februari 16.2016
OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

SAYA tidak menjadi ahli mana-mana parti politik dan saya menulis apa yang saya suka dan apa yang saya lihat tak betul. Baik kerajaan atau pembangkang tidaklah saya peduli akan saya sentuh secara benar bagi pandangan saya meski pandangan orang berbeza dengan pandangan saya. Jika mahu komen, silakan!
Parti UMNO termasuk PKR, DAP, PAS dan lain-lain parti semuanya mempunyai visi yang baik untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya dan tiada parti yang ditubuhkan di ROS untuk merosakkan negara bangsa.
UMNO juga sama visinya untuk kebaikan dan terbukti UMNO asal dulu berusaha memerdekakan negara meski kemerdekaan itu hanyalah kesan balas kesihan orang lain alias pemberian orang lain.
Jadi, kalau mantan Ketua Menteri  Sarawak  Tan Sri Datuk Petinngi Hj Mohd Taib Mahmood mengatakan yang UMNO itu jahat dan suka mainkan isu agama ternyata itu tidak benar sebab UMNO hanya parti dan bukan manusia.
Yang rasis, jahat dan memainkan isu agama itu tentunya ahli-ahli UMNO sendiri tetapi tidak semua ahli sebab masih ramai yang kepala otaknya bagus tidak sejahat yang digambarkan.
Cuma adalah bilangannya yang rasis, jahat dan suka sangat memainkan isu agama untuk menarik perhatian orang lain dan itu kesannya seperti seekor dua kerbau bawa lumpur semuanya terpalit terkena lumpur itu dan ini rasanya tidak adil.
Taib mantan ketua menteri Sarawak sepatut tidak bercakap demikian dan jelas kenyataannya itu menitikhitamkan parti UMNO semata dan tidak melihat secara adil.
Meski saya tidak bersetuju dengan kepimpinan UMNO/BN sekarang ini tetapi tidak pula menyalahkan parti dan semua ahli-ahli UMNO sebab antara parti dan ahli UMNO dua perkara berbeza dan ahlinya juga tidak semua jahat bersikap begitu dan ada yang baik tetapi kekadang yang baik itu tidak berani bersuara kesan ketika bersuara akan ada saja tekanan atasan.
Tekanan atasan itulah yang selalu menimbulkan masalah yang menyebabkan ramai hanya mendiamkan diri dan menyimpannya di dalam hati dan yang berani bersuara pula siap ke hantar ke longkang, kena hina-hina dan itu sebab Musa Hitam pernah berkata, kalau dia tak letak jawatan sebagai TPM maka ia juga akan sama dituduh sebagai peliwat atau ada cara lain.
Taib mantan KM Sarawak seharusnya melihat wajahnya di cermin dan bertanya kenapa Sarawak muncul sebagai negeri termiskin no empat di Malaysia? berapa ribu ekar tanah-tanah di Sarawak dimiliki oleh suku sakat dan kerabat sendiri dan kekayaannya yang keberapa dan berapa bilion atau juta ia miliki sekarang?
Apa sudah jadi orang asli di Sarawak termasuk iban, dayak dan suku lokal lain di Sarawak dan apakah hidup mereka benar-benar baik tidak dipinggirkan dan apakah benar pembangunan di Sarawak cukup hebat dan kalau di bandar barangkali itu memang tanggungjawab memajukan tetapi bagaimana rakyat di ulu-ulu yang hanya boleh didatangi sekitar 2 minggu dengan menggunakan sungai dan berjalan kaki untuk sampai ke lokasi.
Taib kena teliti dan dia tak mahu UMNO datang ke sana mungkin takut ia dikuasai oleh PM dan PM boleh pilih siapa mereka mahu dan itu barangkali ada baiknya tetapi itu memberi peluang Menteri-Menteri  di Sarawak yang berkuasa menindas Sarawakian dan keadaannya sama juga macam Sabah yang termiskin nombor satu di Malaysia.
Isunya saya tidak begitu setuju kenyataan Taib yang menyatakan UMNO itu rasis, jahat dan suka sangat mainkan isunya sebab UMNO dan ahli-ahli UMNO dua perkara yang beza.

NOTA ini atas permintaan Shaimon untuk
saya menulis dan di atas pandangan
saya secara peribadi.



No comments:

Post a Comment