Thursday February
18.2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
BENGKEL Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa 2016 anjuran
Jabatan Hal Ehwal Sabah ia menjurus kepada untuk menimba ilmu pengetatahuan yang luas kepada golongan
wanita dalam pelbagai sudut aspek.
Sejajar dengan
perkembangan semasa dunia tanpa sempadan Globalisasi wanita harus mempunyai ilmu pengetahuan yang
cukup agar setanding dengan kaum lelaki.
Memang tidak dinafikan
peranan kaum wanita sekarang khususnya di Negara ini sangat-sangat
diperlukan bukan saja dalam segi
mentadbir organisasi, dunia korperat bahkan kita telah melihat kejayaan wanita
hari ini di Malaysia sudah hampir setaraf dengan kaum lelaki turut sama
mentadbir Negara dalam kepimpinan wanita.
Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah
yang kini sedang mengikuti
bengkel berkenaan yang bermula dari 16
dan berakhir pada 19 Februari ini yang dilangsungkan di Ibu Negeri ini antara
lain menjelaskan penglibatan 30% wanita sebagai pembuat keputusan masih belum
tercapai dan terus diperjuangkan dalam
negara menjejak kemajuan ke arah negara perindustrian.
Kebolehan dan
kemampuan wanita sebagai pemimpin yang berkesan telah terbukti dengan munculnya
pemimpin wanita yang setanding dan kadangkala lebih baik dari pemimpin lelaki
di dalam organisasi kerajaan, swasta dan keusahawanan.
Walau bagaimanapun, lebih ramai tenaga wanita perlu di ketengahkan dan dilatih
sebagai pemimpin pelapis untuk berada di peringkat pembuat keputusan sama ada
diperingkat daerah peringat negeri dan juga peringkat kebangsaan sehingga
keperingjat globalisasi.
Rahimah berkata matlamat Bengkel Pembagunan Kepimpinan Wanita Berwibawa adalah bertujuan dan bermotifkan untuk meningkatkan jumlah dan peratusan penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan di pelbagai peringkat kepimpinan politik dan meliputi sektor awam, sektor korporat, kuasa-kuasa tempatan, pentadbiran daerah dan kampung bagi mencapai sasaran 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan.
Katanya dengan penyertaan 30 peratus ini, diharapkan isu-isu dan
keperluan wanita dapat diketengahkan supaya jurang gender dapat dirapatkan
Disamping itu sebagai menyediakan
wanita dengan kompetensi yang diperlukan sebagai seorang pemimpin yang
berwibawa, yang mengambil kira elemen sikap (Attitude), ilmu (Knowledge) dan
kemahiran (Skill) umum dan fungsi.
“Dengan pendekatan ASK yang
menyeluruh ini, pemimpin pelapis akan bersedia dari segi mental dan fizikal sebagai
pemimpin berkaliber itulah salah satu peranan wanita untuk sama-sama
membangunkan Negara ke arah kemajuan dalam aspek perdana pembangunan Negara zaman globalisasi ini mereka tidak
boleh memandang rendah atau mempertikaikan kemampuan serta kebolehan kaum
wanita sama taraf dengan kebolehan
dengan kaum lelaki” jelas Rahimah lagi.
No comments:
Post a Comment