Oleh:Faiz Zainudin
|
Tuesday February 02. 2016
PETALING JAYA: Rakyat negara tahu membaca strategi politik Datuk Seri Najib
Razak yang didakwa kotor dan menjijikkan.
Bekas ahli UMNO, Anina
Saadudin membuat perkiraan itu berdasarkan momokan yang dibuat rakyat setiap
kali sesuatu isu berlaku melibatkan Perdana Menteri.
“Tidak sukar untuk
rakyat membaca permainan Perdana Menteri dalam mencatur politik peribadi
beliau. Semuanya digerakkan dalam strategi tersusun, namun ianya kotor dan
menjijikkan,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.
Katanya, strategi itu
dapat dibaca apabila barisan kepemimpinan UMNO Kedah membuat pengumuman hilang
kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyebabkan
rakyat kecoh mengenainya.
Perkara berkenaan
mengiakan tekaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Mukhriz
hanyalah mangsa percaturan politik oleh Perdana Menteri.
Jelasnya, tidak cukup
dengan itu, kemarahan rakyat bertambah apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed
Apandi Ali mengumumkan keputusannya membersihkan segala dakwaan terhadap
Perdana Menteri berhubung isu SRC International dan derma RM2.6 bilion, sekali
gus mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup kes
berkenaan.
Anina berkata, kemarahan
rakyat kemudiannya menjadi tangisan terhadap Perdana Menteri apabila Perjanjian
Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) diluluskan dengan persetujuan seramai 127 ahli
Parlimen.
“Rakyat menangis melihat
ahli Parlimen tersenyum riang di lobi Parlimen (sebaik sahaja TPPA
diluluskan),” katanya. POSTED BY FMT
No comments:
Post a Comment