Sunday February
21.2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:-
Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt mengalu-alukan terhadap
kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tentang pengumuman bahawa Kerajaan akan
memberi peruntukan untuk menaif taraf Sepengar Bay Container Port menjadi hab pindah kapal (Transshipment Hub) di Timur Malaysia.
Dalam masa yang sama itu Wong
juga mendorong Kerajaan agar mempercepatkan kadar penyiapan projek tersebut
supaya dapat digunakan sepenuhnya.
Beliau berharap Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan pembangunan projek tersebut bagi membantu perkembangan perindustrian dan pembangunan di Sabah, dan melalui kedudukan pelabuhan yang berdaya saing tersebut, menarik pelabuhan pelabur asing di Sabah bagi mendorong pertumbuhan ekonomi Sabah.
Beliau berkata bahawa sejak beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Sandakan, beliau sering memberi perhatian kepada masalah ketidaksamaan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, dan telah buat perbahasan di Parlimen mengenai harga barang di Sabah lebih tinggi berbanding dengan di Semenanjung Malaysia dan berpendapatan rendah, salah satu faktornya adalah disebabkan dasar kabotaj. Oleh itu, beliau telah berkali-kali mengkritik kemudaratan yang dibawa oleh dasar Kabotaj kepada ekonomi Sabah dan meminta pemansuhan dasar tersebut, tetapi pandangan tersebut tidak disetujui oleh Menteri Pengangkutan.
Oleh itu, penaiktarafan Sepanggar Bay Container Port kepada hab pindah kapal merupakan satu penyelesaian alternatif di mana harga barang Sabah boleh dikawalkan dan kurangkan impak Dasar Kabotaj terhadap harga barang-barang yang diimport ke Sabah.
Oleh sebab Sabah lebih mundur daripada Semenanjung Malaysia, oleh itu, Kerajaan tidak boleh melewatkan projek tersebut dan sebaliknya haruslah mengguna masa yang lebih cepat dan sumber yang lebih banyak untuk membangunkan Sabah supaya boleh disegerakkan dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
No comments:
Post a Comment