MUKHRIZ AKAN LETAK JAWATAN MB KEDAH KERANA KEDUDUKANNYA TIDAK DAPAT DISELAMATKAN

Rabu Februari 03.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


KUALA LUMPUR:  Nampaknya kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai penyandang Menteri Besar Kedah akan berakhir pada hari ini walaupun ramai para pemimpim UMNO dan para penyokong pembangkang seperti PKR untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai MB tidak dapat diselamatkan.

Wartawan portal The Sabah Insider.net baru sebentar tadi menerima panggilan dari  wartawan yang duduk di Kedah memberitahu bahawa kemelut politik Kedah yang berlarutan hampir dua minggu bakal menemui noktah apabila menteri besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kini sah akan digantikan.


Menurut sumber terdekat dengan menteri besar, Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi Rabu berhubung keputusan itu.

Menurut sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ketika dihubungi meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media khas, bagaimanapun tidak dinyatakan butiran lanjut.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, kebanyakan wakil rakyat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran mengenai perubahan tampuk pentadbiran negeri itu yang bakal menyaksikan Mukhriz digantikan.

Inilah dasar UMNO atau dasar Najib sebagai Presiden UMNO yang suka membuang orang-orangnya sendiri tanpa memikirkan implaksinya pastinya yang rosak nama UMNO    sendiri.


Kita sama-sama tunggu dan lihat apa reaksinya sesudah Mukhriz tersingkir nanti padahnya UMNO kedah PRU14 nanti semestinya semua kerusi kembali  ke parti pembangkang ini satu tamparan kepada Najib dan UMNO.


No comments:

Post a Comment