Tuesday March 01. 2016
KARYA: NURLIYANA
ABDULLAH
www.sabahkini16.blogspot.com
KADANG-kadang
saya cukup hairan politikus kalangan agamawan ini. Kata-kata mereka tidak boleh
dijadikan peggangan dan saya melihat mereka ini ada yang politikus putar belit
bahasanya dan kalau dikritik tegur mereka melenting konon kita memburukkan
ulama/tok guru dan inilah masalah kita.
Kata
Hadi ia "anti UMNO" dan "tidak orang UMNO". Ayat ini
memyebabkan kita berfikir dan rasa budak tadika juga tahu maksudnya.
UMNO
itu hanyalah perlembagaan ciptaan manusia dan ianya hanyalah peraturan dan kaedah
berparti yang didaftar lulus di ROS dan tentu saja UMNO itu bukan manusia.
Kalau
bukan manusia, kenapa HADI anti UMNO yang langsung tidak bersalah dan jelas
visi dalam kertas ROS luluskan kesan UMNO itu baik.
Yang
tidak baik itu ialah manusia dalam UMNO tetapi bukan semuanya tidak baik dan
masih ramai yang baik dan ada kebaikannya mengalahkan ahli PAS sebenarnya.
Kemudian
HADI kata dia tidak anti dan suka orang UMNO, lalu apa maksud HADI ini?
Bukankah itu namanya putar alam dan usaha mahu membingungkan rakyat?
Bukankah
baik kalau HADI berterus terang saja memang suka Najib dan orang-orang UMNO
sebab PAS dan UMNO sedang bertunang dan siap mahu kawin dalam waktu yang
terdekat.
Politik
HADI ini sama sekali jauh beza dengan politik NIK Aziz yang jelas tiada main
selindung dan pemimpin seperti Nik Aziz memang kita hormat dan HADI pula
politikus yang tidak tahu berbahasa dan bahasanya hanya main sedap mulut.
Kesan
main sedap mulut ramai yang bukan Islam berfikir dan mula menjauh dan mereka
lebih suka mendekati AMANAH banding PAS bawah pimpinan HADI.
Kesian
orang semacam itu demi kejar sesuatu digunakan agama untuk berkuasa atau
menumpang kuasa. Posted by Sabahkini.net
No comments:
Post a Comment