Saturday February 27.2016
OLEH: SHARLENE SAHRIZAL ABDULLAH
www.sabahkini16.blogspot.com
DALAM Perlantikan Pegawai Kerajaan Negeri, antaranya Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Pengarah-Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri Ketua Daerah Ketua Anak Negeri Ketua Kampung termasuk Pengerusi JKKK-JKDB bagi bumiputera diwajibkan mereka mesti mempunyai Sijil Anak Negeri dan sementara perlantikan bukan bumiputera tetapi mereka warganegera Malaysia tidak perlu memiliki sijil tersebut.
Diusulkan kepada Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Ketua Menteri Sabah agar kes ini dibawa pada sidang DUN Sabah 2016 untuk memutuskan suatu usul dari rakyat bumiputera Sabah agar mewajibkan Para Pentadbir Di Negeri ini mempunyai Sijil Kelayakan Sebagai Anak Negeri Sabah.
Ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa tiada ketirisan berlaku terhadap rakyat sabah yang sebenar benarnya berstatus anak negeri.
Kita sedia maklum di Sabah pada hari ini, pelarian tahun 70an yang mendapat IC Projek bermula nombor H.033XXXX H.053XXXX termasuk juga mendapat taraf warganegara di lantik menjadi pentadbir di pejabat-pejabat ADUN- MP dan ada juga menjadi ketua kampung serta pengerusi JKKK sebut gambar jadi gambal sebut ikan jadi ikangpun layak jadi Ketua Kampung.
Apakah kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Barisan Nasional tidak peka akan isu ini?
Isu ini wajib diketengahkan dan disegerakan perlaksanaannya agar yang tidak timbul persoalan serta keraguan terhadap pemegang-pemegang jawatan dalam pentadbiran samaada diperingkat atas mahupun sehingga peringkat kampung.
Jika perkara ini UMNO dan Komponen BN Sabah tidak ambil kisah, maka tidak hairanlah jika 1 hari nanti jawatan Ketua Menteri Sabah akan dipegang oleh cucu cicit Pelarian tahun 70an atau anak cucu yang ibu atau bapanya dapat IC Projek.
Seperti yang berlaku di Kapung Disayang kawasan DUN Sekong dan MP Batu Sapi dimana mangsa-mangsa kebakaran tersebut mereka semuanya ada mykad salah seorang mangsa yang sempat diperiksa oleh wartawan the sabah insider bernama Jamaludin bin Omar orang ini ada mykad nombor 681208-12-5636 dalam mykad ada tercatat nombor IC lama iaitu H.0534365 ini bermakna sebelum dia (Jamaluldin) memegang mykad terlebih dahulu di pegang IC Porjek.
Kepada pemimpin UMNO dan BN Sabah, pastikan Sabah ini maju dan bersih dari PATI. Posted by Sabahkini.net
No comments:
Post a Comment