KES BANGLADESH JADI ISU HANGAT



Saturday February 20.2016


OLEH: ISMAILY BUNGSUNG
www.sabahinsider14.blospot.com

RASAnya rakyat Malaysia tidaklah menentang sangat jika benar sektor 3G memerlukan khidmat orang asing yang menyebabkan kerajaan terpaksa datangkan 1.5 juta dari Bangla.

Sebelum mengambil tindakan, perlulah kerajaan terlebih dahulu memikirkan cara lain dan kebetulan di negara kita ini menurut kajian yang belum disahkan sekitar 2-4 juta orang asing berada di negara kita dan kenapa saja mereka ini tidak digunakan untuk mengisi keperluan?

Misalnya di Sabah kita perhatikan dekat sejuta dan ada kalangan mereka mundar mandir yang kekadang mencipta masalah hingga rakyat tempatan hidup dalam ketakutan.

Jikalah 1.5 juta bangla diteruskan maka masalah kesan pendatang asing ini akan lagi rumit dan segala macam jenayah kian bertambah dan ini cukup membimbangkan Malaysian sebab sebelum inipun sudah begitu banyak masalah dicipta oleh pendatang asing.

Kekhuatiran kedua tentulah ada yang tersirat di sebalik niat yang dijelaskan sebab kenyataan-kenyataan  sebelum ini menyebabkan rakyat cukup tidak senang seperti ada pintu belakang untuk mereka mendapatkan kad pengenalan dan bila ini berlaku maka status mereka sama seperti Malaysian lain yang bisa menentukan kepimpinan negara bangsa.

Pengalaman-pengalaman  kad pengenalan jadian di Sabah cukup menyusahkan dan ini kita lihat demi apapun yang berkenaan sanggup melakukan apa saja asal terus berkuasa sebab sejak kebelakangan ini mereka merasakan agak sukar untuk mempertahkan kuasa dan tidak hairan ada jalan pintas dilakukan untuk memboborokkan sistem dan peraturan yang sedia ada sebab yang berkuasa boleh saja melakukan semahu-mahunya asal terus memerintah.

Apa yang dikhuatirkan oleh 29 juta rakyat Malaysia ini memang benar sebab rata-rata mereka itu tidak lagi percaya kepimpinan yang sekarang ini agak terdesak dan mendatangkan bangla salah satu cara disamping terus memelihara mereka yang sudah ada di Sabah, Sarawak dan Malaysia.

Inilah hakikat sebenar dan memang sekarang sudah menangguhkan kedatangan 1.5 juta bangla dan apakah itu hanya sesuatu yang mahu menyenangkan hati rakyat dan menutup kasus 1MDB/2.6 bilion yang kian menghilang kesan kasus bangla yg panas ini?

Sesungguhnya inilah sebuah permainan yang cukup cantik dan menarik berlaku di pentas terbuka hingga ada rakyat kita yang sekitar 29 juta itu hampir tersihir lupa 1mdb dan 2.6 bilion sepertinya sihir Hitler mengena di pentas gila menyebabkan rakyat german berpesta menghabisi Yahudi dan hanya sedikit ditinggalkan agar yang akan datang tahu siapa yahudi itu sebenarnya.


No comments:

Post a Comment