Gambar Menunjukan....Haslin (kiri) menyerahkan sumbangan pakaian terpakai
kepada Haji Mansur sambil diperhatikan oleh James, AJK PEMASSA, wakil polis Sandakan,
Amirbangsa serta mangsa kebakaran
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN : Pelbagai pihak terus tampil membantu
mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Disayang Lupak Meluas , Jalan Batu Sapi di
sini.
Persatuan Media Sandakan, Sabah (PEMASSA) turut mengambil
inisiatif membantu mereka yang terlibat dengan mengumpul pakaian terpakai untuk
diberikan kepada mangsa yang terlibat.
Sumbangan berkenaan diterima daripada orang ramai yang
prihatin sekitar daerah Sandakan, Tongod, Sukau, Kinabatangan dan beberapa
tempat yang lain.
Ketika ditemui pemberita sejurus menyampaikan sumbangan
orang ramai itu kepada mangsa di perkarangan PPR Batu Sapi, Pengerusi PEMASSA, Haslin
Gaffor, berkata, PEMASSA telah mengadakan pungutan pakaian terpakai daripada
orang ramai selama seminggu dan menerima respon yang baik dari mereka.
"Kita kemudian mengagihkan pakaian ini kepada penduduk
kampung yang terlibat bersama-sama Pengerusi JKKK Lupak Meluas dan Ketua
Kampung, Kampung Disayang," katanya.
"Menerusi program inisiatif Ahli Jawatankuasa PEMASSA
ini juga, kami cuba membantu, bagi mana-mana yang boleh dibantu,"
tambahnya dimana orang ramai telah datang dan menghantar sendiri sumbangan itu
di pusat pengumpulannya di Restoran Seri Raisah di Bandar Prima dan kepada AJK
terlibat.
Haslin juga merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak
dan orang ramai yang prihatin serta memberi sumbangan pakaian kepada
mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat dikampung itu.
Beliau juga merakam penghargaan kepada pihak polis yang
turut sama-sama memastikan kelancaran program berkenaan.
Sementara itu, beberapa wakil mangsa yang terlibat,
mengucapkan terima kasih kepada PEMASSA dan semua pihak yang terus prihatin dan
tampil memberi bantuan kepada mereka. Mereka juga berharap bantuan rumah bagi
mereka dan keluarga diami berikutan rumah sedia ada telah musnah terbakar dan
tidak lagi boleh didirikan semula.
Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengerusi PEMASSA,
James Leong, Pengerusi JKKK Kampung Lupak Meluas, Haji
Mansur Aukasa dan Ketua Kampung, Kampung Disayang, Lupak Meluas, Amirbangsa
Noh.
No comments:
Post a Comment