MEDIA TOLONG HENTIKAN SEBARKAN BERITA FITNAH/PALSU TENTANG KEMATIAN M DAUD KILAU


Saturday February 13.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Semua media di Negara ini tolong hentikan membuat berita-berita palsu tentang kematian seorang Penyanyi dan Raja Gelek Malaysia iaitu Datuk M Daud Kilau yang dikhabarkan meninggal dunia subuh pagi tadi.
 “Saya minta peminat doakan yang baik-baik sahaja, jika ada yang mendoakan yang buruk, harap fikirlah kembali,” tegas beliau yang kini berusia 77 tahun.
Berita palsu tentang kematian M Daud Kilau itu sudah tersebar sejak semalam, bagaimanapun M Daud Kilau hanya memaafkan penyebar berita itu dan berkata dia tidak terkejut perkara itu terjadi kepada dirinya.
Beliau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau juga memberitahu bahawa kesihatannya semakin pulih dan kini mampu bergerak sendiri tanpa bantuan daripada isterinya.
“Alhamdulillah hari ini saya lebih segar, jika sebelum ini isteri banyak membantu saya, tapi tadi saya mampu bergerak perlahan-lahan ke bilik air” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, semalam.
Selepas hampir sebulan terlantar di Hospital Selayang, Selangor sebelum dipindahkan dari Hospital Teluk Intan, Perak, M Daud Kilau meminta kebenaran berehat di rumah anaknya, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Beliau menghidapi masalah saluran kencing, masalah kencing manis dan juga masalah buah pinggang
Berita berunsur fitnah ini adalah kali yang ketiga pertana seorang Pelakon dan Pelawak Ebby Yus dan kemudian seorang pelakon Veteran Datuk Jalaludin Hassan dikhabarkan meninggal dunia.
Wartawan The Sabah Insider telah menghubungi salah seorang keluarga M Daud Kilau untuk mencari kesahihan berita tentang kematiannya pastinya berita itu adalah berita palsu yang sengaja mahu mencari popularity bagi kepentingan sesuatu.




No comments:

Post a Comment