PENEBANGAN POKOK-POKOK PISANG TAMAN MESRA JADI TEKA TEKI ORANG LUAR



 Tuesday February 23.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com



RAMAI orang luar bertanyakan saya kenapa pihak Jabatan Kesihatan dan MPS menebang pokok-pokok pisang di seluruh kawaswan Program Perumahan Rakyat Taman Mesra  satupun tiada yang tinggal kenapa kamu tidak gambar kemudian hentam  di portal The Sabai Insider.net dan Sabahkini.net.

Orang luar itu mendakwa pihak Jabatan Kesihatan dan MPS menebang semua pokok pisang satu perbuatan yang melampau kerana tidak bertimbang rasa atas kepenatan orang lain yang menanam pokok pisang sebagai penyahut seruan Jabatan Pertanian untuk bercucuk tanam.
 
Dakwa pihak Jabatan Kesihatan punca nyamuk Aedes bersarang dan membiayak ialah  nyamuk-nyamuk berkenaan suka mengingdap daun pisang sebagai sarangnya.

Memanglah timbul rasa marah tetetuan punya pokok pisang kalau tanaman orang habis dikerjakan tetapi  apa akan daya ini arahan daripada pihak kementerian kesihatan supaya pokok-pokok yang menjadi punca sarang nyamuk Aedes harus ditebang.

Kalau ada sesiapa yang engkar atau melarang pihak MPS dan Jabatan  Kesihatan supaya tidak menebang semua pokok pisang yang tumbuh di sekeliling kawasan PPR Taman Mesra akibatnya mereka akan di kompaun antara RM500.00 jika gagal membayar denda tersebut mereka akan dipenjarakan 2  tahun

Undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sesiapa yang didapati mereka yang menternak jentik-jentik mereka boleh didakwa di bawah Seksyen (21) Akta Pemusnahan Seranggga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000)

Jika sabit kesalahan menghalang atau tidak membenarkan anggota Jabatan Kesihatan membuar kerja-kerja semburan atau yang berkaitan dengan nyamuk Aedes boleh dikenakan debda RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun  atau kedua-duanya sekali.

Jadi jawabannya kenapa saya tidak menghentam kedua-dua agensi kerajaan itu ini sebab adalah satu arahan yang harus dipatuhi.

Ternyata sekali semua pokok-pokok  pisang habis ditebang nyamuk agak berkurangan sudah tidak sebelumnya jam enam petang  bukan main nyamuk besar-besar masuk kerumah.

Tahun 2016 baru terhadap 2 kes penduduk Taman Mesra dijangkiti wabak deman denggi berdarah dikhabarkan mereka meninggal dunia.


Tahun 2015 lima orang penduduk Taman  yang sama kena demam denggi  jadi sekarang Taman Mesra adalah kawasan  yang paling berbahaya  tempat pembiakan nyamuk Aedes.


Lagupun rimbunan pokok pisang adalah tempat persembunyian bal-balan (balan-balan) diwaktu malam menunggu mangsanya.



No comments:

Post a Comment