Wednesday February 17.2016
OLEH: AZMIE ZAMAN
&
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider15.blogspot.com
PENJARA 10 TAHUN.....Gara-Gara Membakar Rumah Di Kampung Disayang.
SANDAKAN:- Seorang penghidu gam berusia 33 tahun yang
membakar rumah di Kampung Disayang Jalan Batu Sapi baru-baru ini menyebabkan
200 rumah ranap dijilat api kelmarin Mahkamah Sesyen telah jatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.
Hakim Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh
Saudin Musa, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen
436 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api.
Mengikut fakta kes, Saudin menyerang rumah penduduk di
Kampung Disayang, pada 9.30 malam 4 Februari lalu menggunakan pedang samurai.
Siasatan polis juga mendapati tertuduh mengamuk selepas
mendakwa dibelasah beberapa lelaki tidak dikenali ketika menghidu gam pada 5.30
petang hari yang sama.
Bapa tertuduh juga membuat laporan polis mendakwa
tertuduh pulang ke rumah dalam keadaan mengamuk sambil memegang pedang samurai,
sebelum membakar biliknya menyebabkan rumah tertuduh dan hampir 200 rumah lain
musnah.
Timbalan
Pendakwa Raya, Mohd Faisal Mohd Noor meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat
dengan mengutamakan kepentingan awam dan latar belakang tertuduh yang pernah
disabitkan kesalahan mencabul, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.
No comments:
Post a Comment