Monday February 22.2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:-
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH)
Negeri Sabah Hj Hamzah Hj Abdullah hari ini mendedahkan lagi mengenai
sikap birokrasi Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) tentang pembikinan kad pengenalan (mykad) terhadap rakyat tempatan.
Seorang penduduk Kampung Tanjung Aru
iaitu Malati Bte Malayin keturunan suku
Brunei tempat kelahiranya di Kampung Tanjung Aru Sandakan kini beliau (Malati)
sudah berusia 43 tahun akan tetapi belum mempunyai mykad
Kata Hj Hamzah ayah kepada Malati
adalah keturunan Brunei kenapa mereka sukar untuk mendapatkan kad pengenalan
berbanding dengan para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) baru saja tinggal di negara
ini begitu mudah membuat mykad taraf warganegara Malaysia lantaran pihak JPN tidak timbul sebarang karenah dan keraguan
terhadap latar belakang mereka.
“Di Sabah ini ramai Menteri-Menteri
UMNO keturunan Brunei kenapa mereka
sebangsapun tidak mahu membela nasib
suku Brunei untuk mendapatkan mykad dengan saluran yang betul” tanya Hj Hamzah.
Hj Hamzah berkata lagi kalau rakyat dari Negara luar yang datang ke Malaysia khususnya Sabah khususnya dari Indonesia, Filipin, Pakistan dan Bangladesh baru duduk setahun jagung mereka sudah menjadi warganegara Malaysia begitu mudah menguruskan untuk membuat mykad ini kah sikap JPN anak-anak tenpatan telah dianak tirirkan sementara rakyat asing (PATI) mendapat layanan paling Istimewa dari Kerajaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment