Thursday February
18.2016
ULASAN LAILA ELOK
www.sabahinsider14.blogspot.com
TIADA siapa yang boleh mengubah fakta yang sebenar hanya semata-mata untuk
mencatikan gaya jalan cerita.
Sebenarnya Malaysia telah mengecapi kejayaan bila mana pasukan Bola
Sepak Negara ini telah mengalahkan
pasukan bola Sepak Korea Selatan dalam
perlawanan akhir bola sepak dan berjaya ke Olimpik 1980.
Namun Malaysia tidak ke Olimpil bersaama 67 pasukan yang lain
disebabkan Malaysia membantah serangan
keatas Afghanistan lantaran telah membuat bantahan ke Moscow lantas menarik
diri daripada menyertai kejohanan dunia tersebut.
Dalam pada itu memang mengecewakan
namun apa yang saya ingin katakan disini tentang menerbitan filem Ola
Bola yang sekarang sedang hangat ditontoni oleh seluruh pelusuk tanah air dalam kisah cerita dalam filem tersebut
langsung tidak menidakkan fakta sejarah
perlawanan akhir tersebut.
Saya membawa anak-anak untuk menonton filem ini, sebab anak-anak perlu
tahu sejarah Bola sepak Negara kita yang sangat berprestij ini. Namun saya
kecewa bila disogok dengan ending yang tidak betul.
Sepatutnya James Wong (Eric Teng ) adalah penjaring kepada kemenangan
itu. Tapi dalam filem sebaliknya menidakkan fakta sejarah ini.
Hantaran daripada Hassan Sani kepada James Wong yang telah mencatat
kemenangan kepada Malaysia, Jaringan James Wong menjadi sejarah.
Mereka adalah orang Sabah yang hebat dalam dunia Bola Sepak.
Saya peminat sukan yang fanatik.
Saya peminat sukan yang fanatik.
Guru saya Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang pernah berpesan "
gunakan sejarah dan fakta sukan untuk menyatukan rakyat dan membuka minda
generasi kita".
Dengan itu sama-sama kita fikirkan tentang filem Ola Bola tentang
perjalanan hal kisah bola sepak dinegara
ini yang menjadikan sejarah.
No comments:
Post a Comment