KELULUSAN JADI MB KEDAH TAK PENTING ASALKAN ORANG ITU BIJAK BERCAKAP PUTAR BELIT LAYAK

Khamis February 04.2016


SUDUT PANDANGAN DARI MEJA
KETUA BIRO-WARTAWAN KANAN (KL)
KAMARUDDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

PENYINGKIRAN Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah adalah satu tindakan yang kurang bijak oleh pucuk  pimpinan atasan UMNO iaitu Presiden UMNO Sendiri kerana benar-benar menjejaskan kedudukan UMNO Kedah.

Bukan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang setuju tindakan menyingkirkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah kerana khidmatnya untuk mentadbir negeri Kedah masih lagi diperlukan rakyat.

Oleh sebab Mukhriz dikatakan tidak sehaluan pendapat dan tidak satu kepala dengan  Najib tidak seperti pemimpin-pemimpin lainya yang jadi pak turut maka akhirnya Mukhriz  telah menerima nasib penyingkiran jawatan seperti mana yang terdahulu menimpa kepada Tan Seri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Shafie Abdal.


Pantang kalau ada seorang pemimpin dalam UMNO dan khususnya dalam barisan cabinet kerajaan BN/UMNO yang suka mempertikaikan mengkritikan  hal ehwal dan kelakuan Perdana Menteri iaitu Najib kerana dibelakangnya banyak tukang kipas tukang kasih panas antaranya Pendekar Amin Mulia, Datuk Zahid Hamidi Datuk Tengku Mansor, Datuk Salleh Burung Keruak  dan  Datuk Mazlan Ahmad dan beberapa orang lain UMNO yang suka angkat kaki yang suka menjahanamkan kedududkan orang lain.

Mereka yang disebutkan itu adalah sebagai pelesit dan dalang paling busuk hati yang  serupa bangkai anjing pandai membuat cerita direka-reka agar orang yang tidak bersependapat dengan Najib bakal jadi mangsa keadaan.

Wartawan portal The Sabah Insider.Net kini berada di Kedah untuk mencari maklumat terperinci mengenai kedudukan Menteri Besar Kedah yang akan mengangkat Sumpah pagi ini di Istina Anak Bukit Alor Setar.

Kelmari petang saya pergi ke Sungei Patani untuk mencari bahan yang boleh dikongsikan  bersama mengenai tindakan Perdana Menteri (Najib) menyingkir Mukhriz sebagai MB Kedah rata-rata mereka murkah dengan  Najib sambil mengatakan kali ini PRU14 nanti rakyat Kedah akan mengundi semua calon-calon  pembangkang sama PKR-DAP dan AMANAH untuk mempastikan Kedah kembali ditangan pembangKANG  hingga membentuk kerajaan PAKATAN HARAPAN.

Perlantikan jawatan Menteri Besar Kedah yang kini di sandang oleh Ahmad Basha menjadi bahan ejekan oleh ahli-ahli UMNO sendiri kerana Basha yang berpendidikan dan berkelulusan SRP saja  disebabkan pandai angkat kaki dengan Perdana Menteri  walaupun memang tidak layak jadi MB Besar dibolehkan saja asalkan jangan menentang hal-hal yang dilakukan oleh Najib syarat utama.

Kelayakan bagi seseorang untuk menjawat-jawatan tinggi seperti Menteri Besar tidak penting asalkan orang itu pandai bercakap putar belit merekalah yang paling layak jadi MB Kedah.



No comments:

Post a Comment