Saturday February 20.
2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
KARAMUNTING:- Kerja Gotong Royong memang satu program
berunsur amal jariah ia harus dipupuk dan diteruskan kerana melalui program sebegini ia menjurus
mengikat tali siratulrahim yang intim disamping mewujudkan perpaduan yang erat
di kalangan penduduk setempat.
Nyamuk Aedes sebenarnya memang suka membiayak di
longkang-longkang yang airnya bertakong jadi saliran parit mahupun longkang
harus sentiasa airnya mengalir deras ini mengelakan nyamuk membuat sarang untuk
bertelur menjadikan jentik-jentik.
Pagi tadi satu program gotong royong anjuran
Pakatan Harapan dengan kerjasama
penduduk-penduduk Kampung Karamunting telah diadakan bagi membersihkan saliran
parit dan longkang yang tersumbat ini kemungkinan tempat sarang pembiayak
nyamuk Aedes jika dibiarkan begitu saja.
Pengerusi
Parti Amanah Negara (AMANAH) Haji Hamzah Hj Abdullah telah mengetuai program
tersebut bersama-sama penduduk setempat.
Katanya
walaupun Pakatan Harapan sebuah parti pembangkang namun mempunyai rasa
tanggungjawab menjaga kebajikan penduduk tambahan lagi sekarang musim wabak
denggi berdarah sedang menyerang di beberapa tempat di daerah Sandakan.
“Gotong
Royong seumpama ini tidak hanya sampai di sini saja akan tetapi pihak Pakatan
Harapan akan terus berusaha sedaya upaya membantu masyarakat yang memerlukan
khimat kami Insya Allah kami akan membantunya” kata Hj Hamzah.
Sehubungan
itu Hj Hamzah bagi pihak Pakatan Harapan
mengucapkan terima kasih kepada penduduk-pendudul kampung berkenaan
kerana sudi bekerjasama untuk menyertai program Gotong Royong itu.
No comments:
Post a Comment