PARTI-PART PEMBANGKANG HARUS BERSATU KALAU MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN BN PRU14



Wednesday February 03.2016

DARI SUDUT PANDANGAN EDITOR
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com


DALAM  kiraan parti-parti politik yang berdaftar dengan  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)   dalam pembentukan Barisan Nasional  (BN) pada tahun 1973 apa bila parti perikatan yang melibatkan UMNO-MCA dan MIC bergabung dengan beberapa parti lain dan terbentuknya Barisan Nasional.

Dan  setakat ini terdapat 13 buah parti komponen  yang berjaya membentuk  Kerajaan Barisan Nasional (BN) UMNO-MCA-MIC-PBB-SUPP-GERAKAN-PPP-LDP-PBRS-UPKO-PBS-SPDP dan PRS

Sementara parti-parti pembangkang yang berpengaruh besar iaitu DAP-PAS-PKR dan AMANAH sementara parti SAPP dan Star  seperti air didaun keladi atau nyawa-nyawa ikan atau lain bahasa hidup segan mati tak mahu, mereka ini sebagai pengacau untuk memecah undi saja.

Seperti kita  sedari parti pembangkang yang sekarang ini yang mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat pelbagai suku bangsa ialah DAP-PKR dan AMANAH sementara PAS telah keluar dari gagasan PAKATAN RAKYAT (PAKATAN HARAPAN)  kerana difahamkan PAS akan bergabung tenaga untuk memenangi PRU14 nanti akan  membentuk kerajaan camporan antara UMNO-PAS.

Bercakap tentang kewujudan parti-parti pembangkang bila menjelangnya PRU  tumbuh macam cendawan yang paling ketara sekali rakyat Sabah paling gemar untuk menubuhkan parti walaupun ahli-ahli hanya  sekumit tapi nafsu mereka terlalu besar mahu juga menubuhkan parti walaupun pemimpinnya atau presidennya mirip kaya sontoloyo bin Gatel Pak Loso.
 
Bagi pihak Jabatan Pendataftaran Pertubuhan (ROS) tidak pula menghalang mereka yang ingin menubuhkan parti-parti tersebut asalkan memenuhi  syarat-syarat yang diwajibkan oleh ROS.

Kenapa dan mengapa mereka suka menubuhkan parti baru bila menjelangnya PRU sebab mereka ada tujuan dan maksud sebenar bukan bertujuan untuk memenangi kerusi DUN atau Parlimen akan tetapi matlamat mereka untuk menawarkan diri untuk dibeli oleh parti-parti lawan  khususnya yang menentang calon-calom BN yang bertanding satu lawan satu.

Musim sekarang bukan musim di zaman BERJAYA mereka beli calon yang menentang satu lawan satu nilainya  paling rendah RM500 ribu akan tetapi masa kini nilai calon parti-parti pembangkang yang suka tarik diri selepas penamaan calon hanya sekadar RM10.000 hingga RM20.000 sahaja tidak semahal macam 41 tahun dulu.

Bagi pandangan saya,  dan saya bukan seorang politikus  ada kalanya parti-parti pembangkang akan bakal wujud nanti tolak DAP-PKR-dan AMANAH   mereka harus bekerja sama antara satu sama lain.


Maksud saya bergabung tenaga kalau memang benar-benar ikhlas dan jujur yang mempunyai satu matlamat dan tujuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN)

Di mana di kawasan itu mereka meletak calon seperti DAP mereka tak usah meletakan calun parti-parti pembangkang yang lain lantas bantu calon DAP tadi, begitu seterusnya AMANAH dan PKR  di mana ada calon PKR atau calon AMANAH parti-parti lain jangan letak calon kawasan yang ditandingani.

Begitu juga halnya di mana parti-parti yang ditandingan oleh parti-parti lawan DAP-PKR dan AMANAH tidak meletakan calun-calun mereka sebaliknya mereka saling bantu membantu antara satu sama lain untuk mempastikan kerusi DUN kah atau Parlimen jatuh ketangan pembangkang.

Jika  teori dan formula sebegini bisa  diguna pakai oleh mana-mana parti pembangkang di  Sabah ini pastinya kemenangan berpihak kepada parti-parti pembangkang nanti kemudian baru bentuk barisan PAKATAN HARAPAN yang berdaftar kalau sudah berjaya membentuk kerajaan baru.




No comments:

Post a Comment