TAK GUNA JUGA SABAH KAYA PARTI PEMBANGKANG JIKA TIDAK BERSATU BN TERBAHAK KETAWA



Wednesday February 03.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

UMNO memang anak murid British dan kerana itu dia jadi bijak guna sistem Pecah dan Perintah. Itu sebab dulu di Malaya ada kasta Cina di bandar, India di ladang dan Melayu di kampung-kampung.

Kerana itu juga lahir UMNO untuk orang Melayu dan lahir MIC untuk orang India dan lahir MCA untuk bangsa cina.

VISi/MISI pecah dan perintah itulah yang menyebabkan dulu Inggeris berjaya ubah pemikiran bangsa melayu dan pemikiran politik Melayu di Tanah Melayu ketika itu dan akhirnya kemerdekaan diberi atas kesihan inggeris sendiri.

Di Sabah memang rakyatnya mudah goyah dan mudah pening kepala dan kerana itu sistem air paip lambat berubah dan jalanraya juga amat teruk kecuali di kawasan bandar, pun ada yang berkurap berbisul meski di tengah bandar. Inilah hakikatnya.

Kesan Sabah dititikkan sebagai negeri yang rakyatnya termiskin, maka segala itu tidak begitu diperduli meski Sabah ini kaya dengan sumber alam merupakan negeri terkaya dan keadaan di Sabah tidak selayaknya demikian kalau dibandingkan dengan sumber alam yang Allah anugerahi.

Kenapa demikian jadinya? apa salah dan dosa orang Sabah?

Nah, soalan semacam itu tidak perlu jawaban dan kita tahu sebab Nabi sendiri tidak mahu umatnya miskin sebab miskin sabda nabi mendekat kufur dan bila kufur maka semuanya bisa tergadai.
Jelas, rata2 kesan tiada air paip dan rakyat miskin maka Tangki Biru dan BR1M cukup bererti buat orang miskin yang ramai di Sabah dan bila kemiskinan ini melanda, maka pemberian itu cukup bermakna meski tidak difikir masa depan negara bangsa sendiri.

Sesudah itu berjaya, maka ada lagi senjata yang cukup hebat iaitu memecah-mecahkan bangsa di Sabah.

BN pecahkan KDM dengan diwujudkan UPKO, PBRS untuk imbangi kekuatan PBS yang dimonopoli oleh kaum KDM ketika itu yang rata-ratanya kalangan KDM ahlinya dan sekarang KDM pecah seribu istilahnya belum dikira parti STAR, PCS dan lain-lain.

Nah, bila BN melihat keadaan di Malaya cukup bahaya, hanya Sabah dan Sarawak saja penyelamat BN di Malaya yang lingkup di PRU13 lalu dan kesan bantuan Sabah dan Sarawak diraih 44 kerusi MP di PRU13 lalu di kedua negeri yang menyebabkan PR tertinggal 33 kerusi menyebabkan Najib duduki kerusi PM.

Sekarang pula di Sabah sudah ada parti tersedia sebanyak 10 buah dan kemudian diluluskan lagi 13 buah parti dan keadaan ini menyebabkan BN ketawa terbahak-bahak dan rasanya BN tidak perlu risau kala Sabah TATAP dalam tangan dan Sarawak hanya bermain sandiwara semata sebab Sarawak sendiri termiskin no empat meski di sana pimpinan parti lokal sedang kuasa Malaya jaga.

Benarlah kata saudara saya Ahmad Shah Naing bahawa katanya ada tiga golongan kenapa mereka menubuhkan parti. Pertama katanya memang mereka mahu jadi YB tetapi sesudah menang bakal lompat macam katak kesan dapat habuan.
Kedua katanya mereka umum tanding dan dekat election/mengundi mereka tarik diri kesan dapat habuan dan ini memang pernah terjadi atau diam-diam di rumah guna sms sokong calon BN.

Ketiga kata Ahmad Shah lagi memang kesan dipasang oleh BN untuk pecahkan undi dan akhirnya BN menang.

Hakikatnya benar dan saya amat bersetuju pandangan saudara Ahmad Shah Naing mantan wartawan dan editor terkenal di Sabah Times dulu sebelum menjadi peniaga yang berjaya.

Seorang lagi pengamat politik yang tajam dan selalu menulis dalam suasana kabur dan mahu kita berfikir ialah saudara Juhari Sarbatly yang rambutnya putih sama macam Pak Samad Said.

Dia akui di Sabah banyak parti dan hingga sekarang ini ada yang belum dikenal kecuali PCS dan USNO baru, sementara yang lain hanya mendiamkan diri, malah pejabat juga tidak nampak dan ketika ditanya mereka jawab bergerak secara senyap-senyap. Apakah parti harus bergerak secara senyap sepi macam pencuri?

Saudara Juhari Sarbatly menjelaskan untuk tubuh KESEPAKATAN, ajak saja parti yang kuat dan berpengaruh sementara "serpihan" itu biarkan saja begitu dan tidak usah dipeduli sangat tetapi kala mereka mahu berkerjasama itu tidak mengapa tetapi jangan pula bersyarat mahu jadi calon dan itu tidak boleh dipraktikkan.


No comments:

Post a Comment