KECELUPARAN MULUT NAZRI AZIZ PANGGIL ORANG ANJING DAN PEMIMPIN BODOH BOLEH MEMECAH BELAHKAN KEDUDUKAN UMNO PADA PRU14 NANTI


Saturday February 27.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahkini16.blogspot.com

SEORANG yang bergelar  Menteri Pelancongan dan Kebudayaan merangkap Ahli  Majlis tertinggi UMNO Datuk  Mohamed Nazri Aziz dan bergelar Yang Berhormat (YB) dukacitanya mulutnya diibaratkan longkang kalau bercakap langsung tidak difikir dahulu main lepas saja.

Percakapannya (Aziz) sering melontarkan kata-kata kesat terhadap sesama pemimpin UMNO sesuka hatinya saja kalau mahu melafazkan percakapannya Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Anjing mana kala Naib Presiden UMNO Datuk Mohd Shafie Hj Abdal pemimpin dari Sabah digelar  pemimpin yang bodoh.

Nazri tidak terfikirkah dua orang pemimpin UMNO yang banyak berjasa menabur bakti terhadap kerajaan-Negara dan juga UMNO Nazri tergamak menggelarkan diri mereka seperti Anjing dan pemimpin yang bodoh semata-mata mahu mempertahakan kedudukan Presiden UMNO.

Saya telah difahamkan ahli-ahli UMNO yang lainpun bukan juga suka dengan perangai Nazri Aziz yang kuat mengampu kuat angkat kaki kenapa Datuk Mohd Najib mahu menyimpan orang seperti  Nazri Aziz dalam UMNO apakah keistimewaannya Nazri  terlalu di sayang oleh Presiden UMNO yang terang-terang Nazri boleh merosakan dan menghancurkan perjuangan UMNO.


Kalau Nazri hentam para pemimpin pembangkang apa dia mahu cakap-cakaplah sebab memang musuh politik akan tetapi bukan cakap menempalak sesama ahli UMNO sendiri ini jelas akan timbul kucar-kacir dalam kelompok UMNO sendiri akibat keceluparan mulut longkang seperti Nazri Aziz.

Orang seperti Nazri Aziz yang boleh membinasakan  dan menghancurkan perjuangan UMNO seharusnya Nazri disingkir lebih awal dari UMNO orang yang bersifat manusia tetapi bertopengkan Syaitan adalah duri dalam daging kepada perjuangan UMNO sendiri.

Shafie Abdal adalah merupakan kuat UMNO di kawasan Semporna sehingga ke Kunak Silam Lahad Datu dan Tambisan kemenangan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen adalah berdasarkan sokongan padu terhadap pucuk  pimpinan Shafie Abdal.

Seandainya Shafie merajuk kemudian beliau keluar dari UMNO dan menyertai parti-parti pembangkan sama ada PKR atau AMANAH sudah tentu kedudukan UMNO di Semporna Kunak Silap Lahad Datu dan Tambisan akan terjejas silap langkah jika Shafie bertanding pada PRU14 nanti  atas tikek PKR kah atau Amanah habis sapu  semua kerusi UMNO di gongol oleh parti PKR-AMANAH tidak mustahil perkara ini tidak boleh berlaku.

Jadi ahli-ahli UMNO dari Sabah jangan sekali memberi undi untuk kepada Nazri Aziz sebab dia sudah cap pemimpin dari Sabah adalah bodoh.

Orang seperti Nazri Aziz sekali sekala mahu diberikan mengajaran secukupnya biar dia serik (jerak) orang yang suka angkat kaki keterlaluan suka kaki bodek tidak kekal akan tersungkur juga akhirnya sebab sumpahan daripada ahli-ahli UMNO yang lain yang anti dengan perangai Nazri Azizi lebih 100 orang sudah jadi satu doa. Posted by Sabahkini.net

No comments:

Post a Comment