UNTUK TUMBANGKAN BN SEMUA PARTI PEMBANGKANG DI SABAH HARUS BERSATU PADA PRU14 NANTI

Friday February 12.2016
OLEH: NURLIAYA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

ULANGKALI saya katakan, jika pembangkang di Sabah tak bersatu, itu jelas semua akan gigit jari dan kalau menangpun hanya satu dua kerusi yang tak membawa makna.
Rujuk keputusan PRU-13 yang lalu, di mana pembangkang masing2 letakkan calon dan kesannya undi pecah BN menang. Apakah ini tidak menjadi pengajaran buat politikus di Sabah?
PRU-14 akan datang ada 13 parti baru disamping yang asal 10 parti. Bayangkan kesemua parti meletakkan calonnya, bukankah itu lebih parah? Apakah yang saya katakan ini bukan kenyataan?
BN memang suka sangat semua parti meletakkan calon mereka masing2 di satu DUN atau Parlimen dan dengan cara demikian mereka akan mudah merangkul semua 60 DUN dan semua 25 MP. Ini kenyataannya!
Orang Sabah jangan lagi berfikiran seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 yang ketika itu KDM dan Cina bersatu bulat dan kemudian ditambah dengan undi melayu yang tidak suka BERJAYA ketika itu.
Suasana ketika itu sama sekali jauh beza dengan suasana yang ada sekarang ini sebab sekarang ini KDM pecah seribu sertai PBS, PBRS, UPKO, STAR, PKR dan lain-lain parti, sementara Cina jelas bulat di DAP dan pasti tidak akan ke SAPP dan MCA atau LDP sebab terbukti Yong Teck Lee kalah teruk hilang deposit di PRU lalu. Nampak? Ini Fakta bukan auta.
Sementara orang Melayu/Islam sekarang ini rata-rata dalam UMNO dan pasti tidak akan menyertai parti KDM lain kecuali PKR dan bakal di AMANAH, sementara PBRS, PBRS, UPKO itu sendiri sudah berada di BN makna sokong UMNO sekaligus.
Kesan perpecahan itu tadi bagaimana KDM mahu bersatu dan bagaimana Cina bakal bersatu menyokong parti pembangkang lain? Ini tidak akan terjadi seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 yang lalu.
Nah, bila memikirkan semua perkara di atas, makanya kerajaan BN luluskan saja kesemua parti yang mendaftarkan di ROS dan kesannya 13 parti diluluskan agar dengan cara demikian BN boleh gunakan sistem PECAH DAN PERINTAH.
Dalam BN, kepimpinan UMNO/melayu di Malaya telah berjaya pecahkan kepimpinan KDM dengan cara meluluskan penubuhan PBS, UPKO dan PBRS dan kesannya agak susah KDM bersatu seperti dalam tahun 1985 itu sebab ada tiga kepala kuasai KDM dan kemudian ketiga parti itu diterima sertai BN dan dengan cara ini mudahlah UMNO peggang leher pemimpin KDM dalam tiga parti berkenaan.
Sesudah berjaya, maka lagi mereka pecahkan pembangkang dengan meluluskan 13 parti yang dimaksudkan dan jelas pembangkang pecah seribu dan KDM tak akan bersatu, sedang Cina gagah dalam DAP. Inilah hakikat sebenarnya.
Baiklah, katakan semua parti bertanding di 60 DUN dan 25 MP di Sabah di PRU-14 akan datang dan bukankah itu menyebabkan BN ketawa hebat sebab undi pembangkang pecah seribu. Dengan demikian, BN begitu mudah melepasi PRU-14, malah kalau semua parti bertanding dan undi pembangkang pecah seribu/tidak boleh tidak yang bakal juara ialah UMNO/BN meski ayam mati diletaknya sebagai calon nanti.
Kenapa BN boleh menang mudah?
Pertama BN punya sumber kewangan yang kuat banding pembangkang main rukut-rukut dari sana sini. Benar, rakyat tidak perlukan wang tetapi jangan lupa untuk bertanding perlu wang deposit, perlu cetak poster, perlu bayar pekerja dan perlu itu dan ini.
Lagi pula BN sejak dulu sudah mengajar memberikan wang tambang kepada yang turun mengundi atau sekurang disewakan bas untuk kemudahan disamping wang saku yang bukan sedikit. Orang kita mudah terpengaruh, apa lagi kesan BR1M dan Tangki biru dan segala macam kemudahan. Orang kita mudah berubah dan mudah lupa kesan kenang budi.
Kedua BN punya jentera yang bagus dan lengkap, malah boleh mereka gunakah SPR, Polis dan jabatan-jabatan  kerajaan secara paksa atas nama bertugas dankeadaaan ini tidak ada kemudahan dalam parti pembangkang.
Selanjutnya parti-parti  yang kecil ini tadi jika sertai PH misalnya dan tidak di calonkan, maka mereka siap umum keluar untuk sokong BN dan kemudian di situ bakal dapat habuan atau sebelumnya memang mereka itu dipasang oleh BN untuk memecahkan undi pembangkang nanti. Ini semuanya kemungkinan-kemungkian saja sebab pengalaman masa lalu telah banyak mengajar kita untuk tahu keadaan sebenarnya.
Tahu kuasa kerajaan negeri dan persekutuan?
Selanjutnya yang harus kita fikirkan ialah kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Selalu kita mendengar dendangan UNDI PARTI LOKAL. Hakikat jelas saya setuju dan tidak membantah tetapi apakah parti lokal ini bakal tandingi 222 kerusi MP nanti?
Kalaupun mereka letakkan calonnya di 222 kerusi, apakah mereka boleh menangi lebih 112 kerusi MP? Ini jelas TIDAK AKAN dan yang jelas parti lokal hanya rebut 25 kerusi MP di Sabah dan itupun belum satu mereka dapatkan sebab pembangkang sekarang ini memang tiada dapat satu kerusi MPpun kecuali PKR dipeggang oleh Darel.
Jadi, cuba kita fikirkan untuk merubah kerajaan persekutuan dan kuasai WANG DISATUKAN dan kumpulan dana GST termasuk Tentera, Polis, Pendidikan, Kehakiman, Universiti-Universiti  dan banyak lagi kena duduki kerusi PM di Putrajaya dan kalau ini gagal maka mengundi parti lokal tidak akan dapat membawa perubahan apa2 sebab TERBUKTI bila PBS dalam tahun 1985 tidak dapat merubah apa2 kepimpinan ketika itu malah PBS sendiri sertai BN.
Makanya tidak boleh tidak untuk jatuhkan BN di peringkat Nasional kena undi sama ada BN atau PH nanti dan itu sebab saya katakan ulang-ulang  parti pembangkang di Sabah kena bersatu dan jika penyatuan gagal maka jelas semua akan gigit jari dan BN tetap berkuasa dan perubahan tidak akan menjadi malah keadaan akan sama seperti sekarang, malah akan lebih teruk. Yang paling teruk Sabahan penuh dengan pendatang asing sebab pendatang asing ini kuasa kerajaan federal.
Yang saya maksudkan di sini semua parti pembangkang mesti bersatu lawan BN satu sama satu, meski barangkali kemenangan sekitar 50-50, tetapi sekurang itu akan membantu PH bakal muncul sebagai juara di peringkat Nasional yang menyebabkan BN tersungkur sebab fakta PRU13 jelas BN kalah undi iaitu hanya dapat 47% sedangkan PR dapat 52%, cuma BN kelebihan 33 kerusi yang menyebabkan mereka duduki putrajaya kesan Sabah dan Sarawak menyumbang 44 kerusi MP. Ini Fakta bukan Auta!
Dalam keadaan sekarang ini UMNO dan parti MCA dan MIC tidak mendapat sambutan dan UMNO juga lintang pukang dan kajian NGO ramai lari dari UMNO dan UMNO tidak lagi dipercaya kesan skandal merosakkan negara dan GST yang menyeksa rakyat, maka benarlah kata Anwar di PRU14 pembangkang akan kuasai 60% pengundi.
Yang kita harapkan hanya Sabah harus bersatu dan pembangkang semua duduk satu meja dan usaha jangan terlalu memikirkan diri mahu jadi YB dan utamakan demi kepentingan rakyat Sabah terutama KDM yang jauh tertinggal. Mesti bersatu lawan satu sama satu dan jika pembangkang sekitar 16 parti lawan BN satu, maka terbaik baik sokong UMNOlah tak usah susah2 sebab semuanya sia2 kesan tamak dan semua mahu jadi calon.


No comments:

Post a Comment