Sunday February 14.2016
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
TIDAK cukup dengan yang datang secara haram
dari segala sudut kiri kanan dari negara jiran di sekitar Sabah, maka kini
bakal muncul lagi dari negara lain.
Keperluan buruh dari negara manapun kita tidak
kesah sebab buruh itu amat penting untuk membangun negara kita, tetapi niat
sebalik itulah yang kita pertikai.
Siapa saja yang mengurus kedatangan mereka
semua dan lesen pengurusan atas nama siapa dan siapa yang untung berjuta-juta
kesan pengurusan itu. Itu satu hal yang harus kita fikirkan yang menyebabkan
mendorong berlakunya pengambilan buruh asing berjuta jumlahnya.
Kedua sesudah itu apa pula tindakan
selanjutnya?
Bukankah di PRU13 lalu UMNO/BN memang sudah
ditolak di Malaya cuma Sabah dan Sarawak sahaja yang menyelamatkan kerusi PM
dan tanpa Sabah dan Sarawak memang BN sudah lama terkubur dalam tanah sebab
kesan 44 kerusi MP dari Sabah dan Sarawaklah yang menyebabkan BN berkuasa sebab
PR hanya ketinggalan 33 kerusi sahaja di PRU13 yang lalu. Ini faktanya bukan
auta.
Kesan susahnya BN/UMNO di Malaya, maka itu
sebab kerajaan BN sekarang berusaha mendatangkan orang asing ke Malaysia yang
diharapkan itu nanti boleh dijadikan pengundi dan daftarnya lewat belakang
sebab mereka ini akan dihantar ke lokasi yang sifatnya 50-50 dan cara ini
BN/UMNO akan mudah menang di kawasan2 berkenaan.
Benarlah kenyataan Anwar dulu ada 40,000
pengundi bangla ada di Malaysia dan mereka itu menjadi pengundi BN dan apa yang
dikatakan oleh Anwar itu akan menjadi kenyataan.
Memang BN/UMNO ini bukan penyelamat Malaysia
atau bangsa Melayu tetapi mereka jelas akan menjadi virus dan pembunuh di
kalangan masa depan bangsa Melayu dan bumiputera sendiri dan ini memang sama
sekali tidak boleh dibiarkan.
Rakyat yang namanya Melayu dan juga bumiputera
termasuk cina dan bangsa lain yang memang telah menjadi rakyat Malaysia harus
bangun dan segera menghalang tindakan yang kegila-gilaan ini.
No comments:
Post a Comment