13 PARTI LOKAL BAKAL PUTIH MATA JIKA TIDAK BERGABUNG TUMBANGKAN KERAJAJAN BN PRU14

Saturday February 20.2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14blogspot.com


SLOGAN “undi parti lokal” memang cantik tetapi realitinya ZERO. Tidak perlulah menipu rakyat sebab tidak semua rakyat bodoh termakan slogan itu. Ramai yang ketawa dengan slogan itu meski kelihatannya cantik dan menarik.
Sebelum buang undi dan mengIYAkan kempen parti lokal, kena tanya apakah parti lokal bakal tandingi 222 kerusi MP di Malaysia? jika tanding apakah parti lokal boleh menangi kerusi MP di Malaya?
Jika jawabannya tidak akan tanding semua di 222 kerusi MP di Malaysia dan hanya tanding 25 kerusi MP di Sabah maka itu jelas bakal GAGAL ubah keadaan Malaysia sebab yang bakal duduki kerusi PM hanyalah parti yang menangi lebih 112 kerusi MP sahaja dan yang lain “OUT”.
Kenapa pentingnya kita memenangi lebih 112 kerusi MP itu?
Sebabnya parti yang menangi lebih 112 kerusi MP akan duduki kerusi PM dan kenapa pentingnya kerusi PM itu? Kerana bakal kuasai kerajaan persekutuan dengan sendirinya kuasai WANG DISATUKAN/GST termasuk Pendidikan, Imigresen, Kastam, Mahkamah, Polis, Tentera dan sebagainya.
Makanya kesan keadaan itulah saya katakan slogan “undi parti lokal” tidak sesuai dan akhirnya tidak ke mana dan itu sebab selalu saya katakan fahamilah fungsi “Kerajaan Negeri” dan “kerajaan persekutuan” bukan main tembak untuk kelirukan rakyat yang memang ada tidak tahu hal sebenarnya kesan syok mendengar slogan yang cantik dan menarik itu.
Contohnya PBS merupakan parti lokal dalam tahun 1985 memang memang bergaya hingga BERJAYA tersungkur rebah, tetapi apa saja yang PBS lakukan kala ketika itu kerajaan BN kuasai parlimen dan kuasai WANG DISATUKAN? bukankan PBS susah jadinya dan kesan susah terpaksa sertai BN yang memerintah kerajaan Pusat hingga sekarang.
Kalaulah SLOGAN itu dijadikan hakikat dan katakanlah menang 31 kerusi (pun belum tentu dan sekarang hanya 1 kerusi DUN Bingkor), sementara gagal kuasai kerajaan pusat, bukankah susah juga jadinya kesan kerajaan ditubuh kerajaan yang tidak stabil dan kesannya rakyat akan lagi susah terutama KDM sebab Melayu masih kuasai UMNO.
Kalaulah SLOGAN itu ditujukan hanya untuk undian parti Lokal dan menolak BN untuk 60 DUN itu saya setuju termasuk di Parlimen, tetapi kerusi DUN dan Parlimen ini mestilah dirunding sama oleh parti STAR, PSC termasuk parti nasional iaitu PKR/DAP/AMANAH dan yang lain 13 jumlahnya lebih kurang belum memperlihatkan kekuatannya dan masing kabur.
Cara terbaik ialah Parti-Parti  yang dinyatakan di atas berunding sama dan 11 kerusi yang diduduki kekal ditandingi oleh YB-YB yang sedia menang dan yang lain kita lihat kekuatan parti berkenaan masing-masing.
Saya lihat STAR sedikit kuat di Keningau, sementara PSC terserlah di Kiulu dan lain-lain mereka belum menampakkan kekuatannya dan keputusan undian di PRU13 boleh dijadikan rujukan.
Tentulah tidak lojik jika ada yang mencadangkan untuk PKR/DAP/AMANAH tidak bertanding di Sabah dan hanya bertanding di Malaya dan ini jelas AUTA sebab YB-YB yang sedia ada dan akan bertanding semuanya orang lokal Sabah dan bukan orang Malaya dan lagi PKR dan DAP sudah lama bukan parti baru seperti kewujudan 13 parti yang baru saja diluluskan.
Bagi saya kalaulah tidak akan penyatuan dan tidak tolak ansur, maka PKR/DAP/AMANAh teruskan saja bertanding 60 kerusi DUN dan 25 MP dan kita lihat siapa sebenarnya yang berputih mata kesan kedegilan yang tidak masuk akal ini dan PRU-13 sebenarnya boleh digunakan untuk menjadi contoh persiapan PRU-14 nanti.
Rakyat lokal sekarang ini memang rata-rata menolak BN tetapi kalau parti lokal tak mahu berkerjasama dengan parti nasional atau mungkin atas sebab dipasang oleh BN atau ada yang beriya-iya mahu merasakan kerusi YB dan melupakan keinginan rakyat yang mahu melihat BN tersungkur, maka silakan bakal “berputih mata dan mengiggit jari” sebab BN akan ketawa terbahak kala pembangkang pecah seribu kesan strategi Pecah dan Perintah yang mereka pelajar dari penjajah.


No comments:

Post a Comment