Friday February 05.2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
BATU
SAPI:
Tidak kira mana-mana parti sama ada
parti pro kerajaan mahupun parti pro pembangkang dimusim-musim rakyat di timpa
musibbah mereka semua turun padang untuk menghulurkan bantuan apa yang
diperlukan untuk mangsa-mangsa
kebakaran.
Selepas solat Jumaat tadi Pengerusi Parti
Amanah Rakyat Negara Negeri Sabah (AMANAH) Haji Hamzah Hj Abdullah bersama
rombongannya telah mengagih-agihkan bantuan berupa makanan kepada mangsa-mangsa
tragedy kebakaran Kampung DiSayang Jalan Batu Sapi.
Tragedi berlaku kira-kira jam 10 malam tadi
kebakaran yang membabitkan 50 buah rumah hangus dijilat api dan semuanya adalah
penduduk Warganegara Malaysia dan pengundi tegar kawasan Batu Sapi.
Hj Hamzah berkata tujuan memberi sumbangan
makanan itu adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa
terbabit.
“Saya harap apa yang telah terjadi kepada
penduduk-penduk Kampung DiSayang ada dihekmah disebaliknya dan supaya bersabar
menempuhi ujian Allah ini” Katanya.
Sementara Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda
Tsen Thau Lin Dan ADUN Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya turut juga melawat ke
kampung berkenaan untuk menemui para mangsa berkenaan.
Wartawan portal The Sabah Insider telah difahamkan bahawa Kerajaan telah membina
Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berhampiran tempat tragedy itu setelah diteliti latar belakang mereka yang
layak bolehlah diberi keutamaan untuk mendapatkan bagi menduduki rumah baru itu
kelak.
No comments:
Post a Comment