Friday
February 19.2016
NUKILAN: NURLIYANA
ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
PENDUDUK Malaysia sekarang
sekitar 30 juta, makna kita masih perlukan 40 juta untuk mencapai wawasan
negara 2020 ke 70 juta umat manusia.
Filifina sekitar ratusan juta sementara Indo mendekat 300
juta dan Jepun mendekat 80 juta dan India, Pakistan, bangla memang lagi ramai
dan China memang no wahid.
Kita hanya 30 juta dan sabah baru saja sekitar 3 juta dan
perlu lagi sekurang ditambah 7 juta menjadikan Sabahan 10 juta.
Kalau Sabahan 10 juta maka kita rasanya akan lebih mewah
sesuai dengan wawasan negara di tahun 2020 menjadi negara makmur, bahagia dan
kaya raya dan sekarangpun kita sedang menuju ke negara maju dan hebat.
Tidak perlu risau undi saja Barisan Nasional maka kita
akan menjadi negara maju sebab negara maju itu barang-barang mesti mahal,
rumah-rumah mesti hebat dan para menteri
bergaya ke sana ke mari dan rakyat malaysia beza sedikit gaji tak perlu
meningkat sebab segalanya untuk para menteri.
Slogan rakyat berkhidmat untuk menteri biar diri papa
kedana tidak mengapa dan sokong terus BN hingga kiamat.
Dalam pada itu
ahli-ahli UMNO-BN merasa gembira dengan kehadiran 1.5 juta rakyat
Bangladesh yang bakal berada di Negara ini dalam janga waktu terdekat ini.
Dengan alasan mereka (bangla) datang ke Malaysia untuk
bekerja di beberapa sektor antaranya sector perladangan,sector binaan dan
sector industri perkilangan kata Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat
Malaysia tergolong pemalas itulah sebabnya kerajaan tiada pilihan melainkan
terpaksa mengambil pekerja asing.
Para pemimpin UMNO-BN tidak terfikirkah apa risikonya
kalau 1.5 juta Bangladesh berada di Negara ini sejumlah yang banyak itu,
tentunya 60 peratus adalah penyumbang besar dalam kegiatan jenayah.
Isu Bangla semakin hari semakin panas orang ramai mula
memberontak membantah kemasukan 1.5 juta Bangladesh ke Negara ini.
Ini saja jalan terbaik kerajaan Barisan Nasional (BN)
untuk meraikan kemenangan besar dalam pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti
tentunya Banglah 1.5 juta itu akan dipergunakan oleh UMNO sebagai pengundi
tegar BN dan mereka akan diberikan Mykad
untuk membolehkan mereka mendaftar pemilih baru di mana pihak SPR terpaksa
menerima arahan untuk mereka jadi pengundi.
Banyak rakyat berpendapat bahawa Malaysia kini bakal
menternak secara besar-besaran Rakyat Bangla
apabila lelaki mereka 80 peratus telah mengawini wanita-wanita Melayu
Malaya munkin juga termasuk kahwin dengan wanita-wanita Sabah dan Sarawak jika
Bangladesh sudah bertaburan di seluruh pelusuk tanah air.
No comments:
Post a Comment