Saturday February 13.2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI &
KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
NAMPAKNYA pihak kerajaan mempunyai sikap birokrasi
terhadap pendatang asing yang datang Negara imi khusnya di Sabah.
Pendatangan Asing Tanpa Izin
(PATI) dari Negara Filipina yang datang
ke Sabah 90 peratus mereka tidak mendapat layanan dan dari itu mengakibatkan ramai mereka terlibat dalam
aktiviti-aktiviti jenayah dan sebelihnya jadi gelandangan di jalanan.
Berbanding layanan istimewa
pihak kerajaan Malaysia terhadap pandatang asing dari Bangla walaupun mereka tiada punya apa-apa dokumen
perjalanan ke Negara ini mereka tetap mendapat layanan istimewa inilah
kelebihannya pihak kerajaan melayan pendatang asing.
Contoh terdekat terdapat beberapa orang budak yang
bergelandangan tiiada tempat tinggal mereka terpaksa tidur tidak depan kakilima
bangunan Lai Piang Kee Bandar Sandakan.
Malangnya mereka ini
budak-budak pendatang yang tidak mempunyai apa-apa keterangan jadi ini
menyukarkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil tindakan terhadap
mereka.
Baru-baru ini Kerajaan telah
mengiystiharkan bahawa rakyat Bangla akan di bawa masuk ke Negara ini seramai
1.5 juta orang pada tahun ini
ni jelas permintaan
tinggi terhadap khidmat pekerja asing terutama dari Bangladesh bakal
menyaksikan kira-kira 500,000 orang dijangka dibawa masuk ke negara ini, tahun
ini.
Dalam pada itu pihak Kementerian
Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh mengesahkan perkara
itu dalam kenyataan media baru-baru ini , sambil berkata pekerja akan diambil
dari 1.4 juta pengkalan data sedia ada
Menurut kenyataan itu,
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pengambilan
dibuat menerusi agensi swasta dalam mesyuarat bersama Menteri Kebajikan
Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Khandker Mosharraf
Hossain di Putrajaya.
Pangkalan data itu dibuat
bagi perjanjian pengambilan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G).
Kira-kira 600,000
pekerja dari Bangladesh ketika ini bekerja di Malaysia, yang merupakan antara
pasaran buruh terbesar Bangladesh.
“Selepas agak lama tiada
pengambilan, Malaysia memulakan kembali membawa masuk tenaga kerja dari
Bangladesh bagi sektor kilang di bawah mekanisma G2G pada 2013.
“Bagaimanapun, pekerja
Bangladesh tidak berminat bekerja di sektor perkilangan,” menurut laporan BDnews24.com lagi.
Kerajaan mensasarkan
menghantar 50,000 pekerja setiap enam bulan, tetapi hanya menghantar 7,000
pekerja dalam dua tahun lalu, berdasarkan Biro Tenaga Kerja, Pekerjaan dan
Pelatihan (BMET)
Selepas itu, kerajaan
mula mempertimbangkan kemasukan perekrut swasta dengan menubuhkan proses
G2G.
Dengan kebanjiran rakyat
Bangla Negara ini 1.5 juta bukan jumlah yang sikit ia boleh menyumbang pelbagai
aktiviti-aktiviti jenayah yang semakin meningkat.
Rakyat Malaysiapun sedia
maklum bahawa sikap dan tabiat orang-orang Bangladest adalah ganas mereka tidak
boleh melihat perempuan-perempuan cantik dan kes rogol di Negara ini 80 peratus adalah membabitkan
warga Bangla.
Dalam perkembangan berkaitan rata-rata rakyat Malaysia berpendapat usaha kerajaan Malaysia untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke Malaysia bukan satu keputusan yang tepat bagi memenuhi peluang pekerjaan di beberapa sektor.
Tinjauan The
Sabah Insider.net mendapati, ramai yang menyuarakan cadangan
mengambil pelarian Rohingya bagi menggantikan pekerja Bangladesh yang bakal
dibawa ke negara ini.
Menurut seorang
kontraktor, Mohd Saiful Rahman, lambakan warga asing di Malaysia menyebabkan
ramai orang tempatan sukar mendapat pekerjaan kerana isu gaji yang dibayar
murah.
“Kerajaan sanggup
membayar jutaan ringgit untuk mengambil warga asing masuk ke Malaysia tetapi
tidak sanggup membayar warga tempatan yang mempunyai lebih kemahiran.
“Kerajaan mungkin perlu
melihat kepentingan pelarian Rohingya yang berada di sini, di mana mereka lebih
memerlukan pekerjaan daripada warga Bangladesh namun latihan perlu diberikan
untuk memperkasakan lagi mutu kemahiran kerja mereka,” jelasnya ketika ditemui The
Sabah Insider.net
Sementara itu, Pengurus
Pemasaran, Ben Khua berkata, perlaksanaan cadangan itu perlu dibuat dengan
sistem yang lebih baik dan bukan sekadar ingin mengurangkan kos pembayaran gaji
pekerja.
“Pengurusan
pekerja-pekerja yang ingin dibawa masuk haruslah telus dan tidak mengganggu
peluang pekerjaan untuk warga tempatan yang makin dibebani dengan kos sara diri
yang meningkat.
“Saya bersetuju jika
pelarian Rohingya menggantikan kemasukan warga Bangladesh kerana mereka sanggup
datang ke Malaysia untuk meminta bantuan, dan bantuan yang dimaksudkan adalah
dari segi pekerjaan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Ben Khua, Pengurus
Pemasaran.
Namun ada juga yang
berpendapat bahawa pengambilan warga Bangladesh mahupun pelarian Rohingya tidak
memberi sebarang perubahan kerana kebergantungan Malaysia kepada warga asing
untuk memenuhi pasaran pekerjaan akan berterusan.
“Bagi saya perkara ini
tidak merubah kenyataan di mana Malaysia akan terus bergantung kepada warga
asing di dalam sektor pekerjaan dan menutup peluang itu untuk rakyat tempatan.
“Warga Bangladesh atau
pelarian Rohingya yang bekerja di Malaysia tidak memberi sebarang keuntungan
kerana mereka tetap membawa keluar mata wang kita ke Negara mereka. Ini akan
membuatkan mata wang Negara kita semakin jatuh,” kata Sateshwaran Rajmugam yang
merupakan seorang akauntan.
Tambahnya, pihak majikan
lebih gemar mengambil pekerja warga asing kerana dapat membayar gaji mereka
dengan murah. Namun ia berbeza pula dengan mengambil pekerja warga negara yang
harus dibayar mengikut jumlah pendapatan minimum.
No comments:
Post a Comment