Rabu Februari 10.2016
SANDAKAN:- Kes keganasan
dan peras ugut yang dilakukan oleh Kakitangan Unit Penguatkuasa Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) yang berlaku pada 8hb Februari lalu kira-kira jam
4.00 petang di sebuah kedai runcit milik Aslam sudah sampai ketahap kes polis.
Petang kelmarin pada 9hb
Februari ini polis telah mengambil ketarangan terhadap Wartawan The Sabah Insider.Net Hj Hamzah Hj Abdullah
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sabah dan tuan punya kedai Aslam
turut memberi keterangan berhubung dengan tindakan ganas para kakitangan Unit
Penguatkuasa MPS terhadap peniaga terbabit.
Menurut laporan yang di
terima daripada Hj Hamzah gara-gara membeli kelapa parut saja mereka tidak
katakana enggan mengikut giliran lalu mereka naik berang terus merampas
peralatan kedai tersebut
Ikuti petikan kenyataan Hj
Hamzah dama laman sosialnya (FB) seperti berikut
“Nasihat saya kpd staff MPS
yg dirakam dlm.gambar ini En Mohd alRuzaini, berhentilah dari terus berlaku
zalim keatas pekedai.yg hanya minta anda bersabar menunggu giliran utk membeli
kelapa parut.
Hanya kerana giliran tuan
belum dapat dilayan, tuan telah marah dan bertindak menyalahgunakan kuasa tuan
dgn .merampas peralatan milik pekedai tersebut.
Jika tuan tidak kembalikan
segera semua peralatan itu, satu laporan polis akan dibuat dan saya akan hantar
nota protes kpd Presiden MPS serta seterusnya mengambil tindakan undang2 keatas
tuan!!
Kenyataan berikutnya
daripada Aslam pemilik kedai tersebut
Aslam Kgn Ini hal berlaku d Kedai kami d Taman Indah jaya pukul 4 petang hari ini...
Aslam Kgn Ini hal berlaku d Kedai kami d Taman Indah jaya pukul 4 petang hari ini...
Hari Ini hari
bercuti...staff Mps datang beberapa org cara bacakap Dan tindakan amat kasar!
Dia org ckp Ini arahan dpd En . Mohd alruzaini@ sairin.
Ini hanya kami suruh tongu
giliran utk membeli Kelapa parut! Dia x mau tonggu dan marah dgn staff Pekerja
kami Dan dia cakap dia blh buat angkat barang kami dlm masa 20 mnt.
Dia buat! Sedang pun kami
simpan mesin kelapa didepan Kedai tidak lebih daripada dua kaki, sedangkan
semua penjual kedai Ada mereka simpan tempat menjual kuih ...pondok..
Dan Gerai gerai... Begitu
ambil tempat kaki lima d depan Kedai dia org.d depan happy mart penuh gerai
tampa lesan kaki lima, Saya faham Ini hanya dia mau tunjuk dia punya kuasa
sebab kami tak bagi mereka duit
Dalam hal ini sebenarnya
kakitangan Unit Penguatkusa MPS kuat gertak para peniaga macam-macam cara untuk
mendapatkan wang perlindungan sebagai sogokan atau rasuah makan duit haram beri
makan anak isteri mereka itulah hakikatnya kerja dengan MPS tiada bersih
daripada rasuah.
Laporan FB Hj Hamzah Hj
Abdullah berhubung salahlaku staff Unit Penguatkuasa MPS ikutilah laporan
setersunya.
Esok akan bertemu dgn
Presiden MPS utk kali ke-3. Saya nak bagitau Presiden MPS kalau dia tidak boleh
disiplinkan staff penguatkuasa yg selalu menganiaya dan menzalimi penjaja2
kecil serta bertindak diluar bidangkuasa mereka dgn merobohkan rumah2 setinggan
yg didirikan atas tanah milik individu, bukan milik MPS/ Kerajaan, saya
sarankan agar dia resign dan beri laluan kpd pegawai lain yg lebih komited
terhadap tanggungjawab sebagai penjawat awam.
Saya tahu..ada seorang
pegawai kanan yg bertindak kasar keatas setinggan tempatan spt yg berlaku di
Batu 2 1/2 dan di kawasan pasar ikan lama dekat BDC. Kes setinggan di Batu 2
1/2 tidak ada kewajaran utk MPS campurtangan. Tanah itu telah didiami sejak 20
tahun lalu dan jika pemiliknya mahu acquire tanah miliknya..maka dia kena
dapatkan court order..mengarahkan setinggan mengosongkan tanah
tersebut..bukannya meminta "pegawai tertentu" dari penguatkuasa
Yang membuat kemarahan
orang ramai terhadap perilaku kakitangan Unit Penguatkuasa MPS kalau
orang-orang asing khususnya PATI yang menjual rokok seludup secara terang-terangan
didepan mata mereka serta menjual telor penyu mereka tanpa mengambil apa-apa
tindakan terhadap penjaja haram itu kerana mereka takut dipukul oleh
orang-orang pilipin.
Yang sering menjadi mangsa
keadaan ialah para peniaga tempatan ada kalanya sayur mereka dirampas di
pijak-pijak kalau melihat tindakan ganas kakitangan Unit Penguatkuasa MPS
terhadap para penjaja tempatan kita boleh mengalirkan air mata mereka
benar-benar kejam sedikitpun tiada rasa belas kesian dengan sesama bangsa
sesama seagama melakukan penindasan terhadap para penjaja terus menerus sikap
mereka betul-betul mengalahkan askar rejim Israel inilah namanya
kakitangan-pegawai Unit Penguatkuasa MPS terlalu kejam.
Sekejam-kejamnya bangsa
Yahudi-Israel mereka tidak pula membunuh sesama kaum mereka yang mereka bunuh
ialah musuh mereka ini lain dari tindakan kakitangan Unit Penguatkuasa MPS
kejam tidak kena pada tempatnya bangsa sendiri jadi mangsa kekejaman.
Saya
minta Ketua Menteri Sabah atau Wakil-Wakil Rakyat BN yang terbaca berita yang
tersiar diportal The Sabah Insider harap agar dapat mengambil tindakan terhadap
mana-mana pegawai dan kakitangan Unit Penguatkuasa MPS yang berkelakuan ganas
kerana sedikit sebabnya boleh mencemarkan menjejaskan nama baik kerajaan
Barisan Nasional (BN) Pimpimnan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di peringkat
Persekutuan dan Datuk Seri Musa Hj Aman diperingkat Negeri jangan biarkan
kakitangan MPS sesuka hati mereka menindas para penjaja tempatan terus
berleluasa.
No comments:
Post a Comment