KERAJAAN MENANGGUHKAN PENGAMBILAN PEKERJA BANGLADESH SATU SANDIWARA....DAKWA IBRAHIM ALI

Monday February 22.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

 
KOTA BAHRU:-  Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa penangguhan pengambilan pekerja asing khususnya rakyat Bangladesh 1.5 juta  yang bakal di bawa masuk ke Negara ini satu sandiwara semata-mata  bagi meredakan kemarahan rakyat.
Rakyat di Negara ini yang terlalu teruja sangat dengan keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  yang menangguhkan pengambilan pekerja asing yang membabitkan rakyat Bangladesh walaupun wujud satu arahan tetapi satu gimik politik untuk menggembirakan hati rakyat yang sedang panas dan meluak.
"Rakyat jangan bertepuk tangan apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat pengumuman menghentikan kemasukan 1.5 tenaga pekerja asing.

"Kita jangan mudah teruja dengan drama, di mana, setakat penangguhan ini, untuk meredakan kemarahan rakyat.
"Tetapi sebenarnya, pekerja akan tetap dibawa masuk dengan jumlah 1.5 juta," katanya  kepada wartawan The Sabah Insider.Net dalam satu wawancara khas.

Tambahnya, kerajaan sebelum ini juga ada mengumumkan pemansuhan sementara kemasukan pekerja asing namun ia diteruskan secara senyap-senyap. 
"Dulu pun Kabinet kata bekukan, tetapi dalam senyap-senyap meneruskan, termasuk kuota pekerja asing, peringkat demi peringkat, sampai kita lihat, berapa banyak jumlah membanjiri negara kita hari ini," katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh bagi memenuhi permintaan majikan dan industri. 
Ia menerima bantahan pelbagai pihak tetapi satu memorandum persefahaman tetap ditandatangani antara Putrajaya dan Dhaka pada 18 Februari lalu.
Bagaimanapun, keesokan harinya Zahid mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber, termasuk Bangladesh, sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja asing itu.
Sehubungan itu, Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan drama memutar belit serta mengelirukan rakyat dengan keputusan yang tidak tetap.
“Jangan terus bermain drama, terus memutarbelitkan rakyat, kerana yang kita nak lihat, pembatalan terus secara muktamad, tidak ada lagi pekerja warga asing.
“Masalah kekurangan pekerja boleh kita uruskan dengan cara yang lain, banyak lagi kaedah dan bukan dengan jalan mudah,” katanya. 
Tambah Ibrahim bangsa Bangladest yang kini berada di Negara Malaysiapun membuat rakyat panik kerana 60 peratus mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti soal dan jenayah berat  seperti pecah rumah, dadah dan kes paling sensasi iaitu Bangla suka merogol wanita.
Sambil Ibrahim melahirkan rasa kebimbangan  kerana ramai wanita-wanita Melayu Malaysia tergila-gilakan sangat terhadap lelaki Bangladesh sehingga rela menjadi teman hidup semati sedangkan mereka tidak tahu menahu tentang letar belakang seseorang itu.




No comments:

Post a Comment