Friday February 26 2016
GAMBAR
KELIHATAN……..Linda (tengah) bersama pegawai beliau dan wakil penduduk kampung
meninjau keadaan parit yang tersumbat di Kampung Bakau, Batu Sapi
OLEH: AZMIE
AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
BATU SAPI:- Masalah kesumbatan parit
di Kampung Bakau, Batu Sapi akan dapat diatasi apabila kerja-kerja menaik-taraf
sistem perparitan tersebut yang kini sedang dilaksana siap nanti.
Ahli
Parlimen kawasan Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin bersama pegawai beliau
telah melawat kampung berkenaan untuk meninjau sendiri keadaan parit selepas
menerima aduan dari penduduk disitu.
Masalah
kesumbatan tersebut telah menyebabkan air bertakung dan berbau busuk serta
menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Linda
memberitahu bahawa beliau akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau
untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf sistem perparitan yang terjejas itu.
Pihak
Majlis Perbandaran Sandakan serta Jabatan Kesihatan Sandakan dan
penduduk-penduduk telah mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan
kampung baru-baru ini.
Para
penduduk dinasihati supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran untuk
mencegah pembiakan nyamuk Aedes.
Hadir
bersama dalam lawatan ke Kampung Bakau ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat
Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.
No comments:
Post a Comment