Friday February
05.2016
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

Ternyata
perlantikan Ahmad Basha sebagai Menteri Besar Kedah yang hanya berkelulusan SRP
atau SPM telah menjadikan bahan ketawaan dan ejekkan bertubi-tubi bukan saja di
kalangan ahli-ahli parti pembangkang bahkan UMNO-BN jadi ejekan
di kalangan ahli-ahli UMNO/BN sendiri.

Malaysia,
tambahnya memerlukan menteri-menteri yang bijak yang boleh berkhidmat kepada
rakyat dan bukan menampung poket sendiri seperti Ahmad Basha katanya lagi.
“Apabila
saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan
kerajaan Persekutuan, tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan
negara ini tempat yang lebih baik, jelas Tunku Mahkota Johor itu lagi.
Tidak
perlu disebut satu persatu menteri-menteri berkenaan kerana secara umumnya
rakyat sudah pun mengetahui siapa mereka, tetapi yang menjadi persoalan ialah
bagaimana mereka itu boleh menjadi anggota pentadbiran dalam kerajaan.
Siapakah
yang melantiknya dan kenapa setelah diketahui tidak cerdik dan sering menjadi
bahan jenaka, terus juga dikekalkan sebagai menteri?
Jika
menteri-menteri kelihatan tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak
berikutan sering bertindak atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra matang,
sudah tentu yang melantiknya juga berada di kedudukan yang tidak cerdik sama.
Orang
yang tidak cerdik biasanya hanya akan melantik mereka yang tidak cerdik atau
lebih teruk daripada itu sebagai orang bawahannya supaya dirinya kelihatan
sedikit cerdik berbanding mereka.
Berbeza
dengan orang cerdik yang pasti akan melantik orang cerdik juga kerana tidak mahu
nilai kecerdikannya dalam memimpin dan memilih orang bawahan dipandang rendah.
Sebab
itu, tidaklah merupakan kesalahan apa-apa kepada mereka yang tidak cerdik dan
selalu menjadi bahan jenaka itu apabila menjadi menteri, tetapi yang salahnya
ialah siapa yang melantik mereka itu.
Yang
tidak cerdik dan selalu menjadi bahan ketawa rakyat itu mungkin sudah
semulajadinya begitu dan tidak boleh “diubati” lagi, tetapi persoalannya ialah
mengapa mereka tetap dilantik sebagai menteri.
Maka,
penyelesaiannya ialah hanya dengan menyingkirkan orang yang berkuasa melantik
menteri-menteri itu kerana disitulah punca segala-galanya mengapa sistem dalam
negara ini kelihatan begitu teruk dan buruk.
Juga
penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar memang membawa malapetaka dan bala
kepada UMNO Kedah pada PRU14 nanti di mana rakyat Kedah bakal memberikan
kemenangan besar pada PAKATA HARAPAN untuk menjadi kerajaan Nergeri Kedah atas
bantuan Tun Mahathir Mohamad dan para pengikut-pengikutnya.
No comments:
Post a Comment