PEMINAT-PENONTON BOLA SEPAK TIDAK PUAS HATI DENGAN JALAN CERITA OLA BOLA


Friday February 19.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

KENANGAN BERSAMA.....Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman  Datuk  James Wong dan Datuk Hassan Sani

SEBILANGAN besar para peminat bola sepak tanah air khususnya di negeri Sabah melahirkan rasa  kecewa terhadap pembikinan filem Ola Bola yang kini sedang ditayangkan di beberapa pegawai seluruh tanah air.

Cerita  pembikinan filem Ola Bola ini sebenarnya pihak penerbit iaitu Najwa Abu Bakar tidak menepati jalan cerita sebenarnya mengenai sejarah bola sepak tanah air semasa kegemilangan pemain bola sepak dari Sabah iaitu Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani sehingga menimbulkan kontraversi di kalangan penonton  cerita tersebut.

Saya ingin menarik perhatian apa yang diperkatakan seorang pengulas sukan Sabah iaitu Puan Lailah Elok di dalam tulisannya yang tersiar di Portal Online The Sabah Insier.Net bertajuk:


FILEM OLA BOLA TIDAK MENEPATI CERITA SEJARAH BOLA SEPAK TANAH AIR SEBENAR pada tanggal 18 Februari lalu.

Berikut ulasan daripada Lailah Elok

TIADA siapa yang boleh mengubah fakta yang sebenar hanya semata-mata untuk mencatikan gaya jalan cerita.

Sebenarnya Malaysia telah mengecapi kejayaan bila mana pasukan Bola Sepak Negara ini telah mengalahkan pasukan bola Sepak Korea Selatan dalam perlawanan akhir bola sepak dan berjaya ke Olimpik 1980.

Namun Malaysia tidak ke Olimpil bersaama 67 pasukan yang lain disebabkan Malaysia membantah serangan keatas Afghanistan lantaran telah membuat bantahan ke Moscow lantas menarik diri daripada menyertai kejohanan dunia tersebut.

Dalam pada itu memang mengecewakan namun apa yang saya ingin katakan disini tentang menerbitan filem Ola Bola yang sekarang sedang hangat ditontoni oleh seluruh pelusuk tanah air dalam kisah cerita dalam filem tersebut langsung tidak menidakkan fakta sejarah perlawanan akhir tersebut.

Saya membawa anak-anak untuk menonton filem ini, sebab anak-anak perlu tahu sejarah Bola sepak Negara kita yang sangat berprestij ini. Namun saya kecewa bila disogok dengan ending yang tidak betul.

Sepatutnya James Wong (Eric Teng ) adalah penjaring kepada kemenangan itu. Tapi dalam filem sebaliknya menidakkan fakta sejarah ini.

Hantaran daripada Hassan Sani kepada James Wong yang telah mencatat kemenangan kepada Malaysia, Jaringan James Wong menjadi sejarah.

Mereka adalah orang Sabah yang hebat dalam dunia Bola Sepak.
Saya peminat sukan yang fanatik.
Guru saya Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang pernah berpesan " gunakan sejarah dan fakta sukan untuk menyatukan rakyat dan membuka minda generasi kita".

Dengan itu sama-sama kita fikirkan tentang filem Ola Bola tentang perjalanan hal kisah bola sepak dinegara ini yang menjadikan sejarah

Dalam pada itu saya ingin menambah keghairahan pengeluar filem iaitu  Syarikat Produksi Golden Cinemas  dan penerbitnya Najwa Abu Bakar hanya mementingkan keuntungan semata-mata hasil kupitan jualan tiket daripada penonton seluruh pelusuk sedangkan jalan cerita sebenar Ola Bola ternyata satu pembohongan kepada peminat bola sepak yang menoton filem berkenaan.

Kenapa sebelum pihak penerbit menjalankan penggambaran mengenai sejarah bola sepek tanah air tidak memanggil dua orang mantan pemain boleh sepak tanah air dari Sabah yang pernah mengharumkan nama bola sepak bukan saja di negeri Sabah bahkan diperingkat nasional iaitu James Wong dan Hassan Sani untuk meminta mereka menceritakan satu persatu mengenai kisah sebenar bukannya mereka-reka cerita.

Orang yang tidak meminati sukan bola sepak tanah air  atau belia-belia baru  berusia setahun jagung barangkali mereka mudah dibohongi oleh penerbit mengenai jalan cerita Ola Bola tapi bagi mereka yang berumur antara 30 an hingga 40 keatas zaman James Wong dan Hassan Sani mereka sukar untuk tipu hela oleh pembuat filem sebegini rupa.


Kami amat menghargai atas usaha pembikinan filem Ola Bola sekurang-kurang mengibau kembali  kegemilangan sukan bola sepak tanah air di era tahun 1970 hingga 1980 an akan tetapi cerita biarlah benar-benar mengisahkan sejarah bola sepak tanai air walaupun itu hanya satu cerita dalam filem tetapi penerbit dan yang membuat skrip biarlah mengikut jalan cerita yang berlandaskan kisah benar barulah pihak penonton  rasa puas hati dan tidak ada timbul sebarang keraguan dan kontraversi.



No comments:

Post a Comment