Wednesday February
02.2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com
TERLALU
malu rasanya mereka yang berniat jahat untuk menyingkir MUKHRIZ dari kerusi
Menteri besar Kedah.
Ini
semuanya rancangan dari atas ke bawahan yang beriya-riya mahu duduki kerusi
sama sebagai pengganti dan tentu saja perancangan sang ketua parti yang
mengarahkan orang lain menguar-uarkan konon rakyat di Kedah tidak menyebelahi
Mukhriz.
Jelas
begitu kejahatan mereka lakukan, Allah tidak izinkan dan kalaupun izinkan pasti
ada hikmahnya.
Apa
jadinya kedudukan PM sekarang ini dan yang lain? Siap rakyat Kedah akan
menghukum mereka nanti di PRU-14.
Kejahatan
akan dibunuh oleh ketelusan dan kejujuran sebab selama inipun MUKHRIZ tidak
melakukan apa-apa kesilapan besar yang memudaratkan negara meski dikatakan
Kedah tidak membangun dan segala macam alasan sebaliknya Najib yang banyak
membinasakan negara hingga rakyat menderita.
Kalau
Kedah dikatakan tidak membangun, bagaimana pula negeri2 lain yang MB/KMnya
lantikan dari parti BN sendiri?
Bagaimana
Perlis, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan negeri lain? apakah negeri2
berkenaan maju dan hebat bawah pimpinan ketua menteri/Menteri besar
masing-masing? Bagaimana Sabah yang diperintah oleh BN baik kerajaan negeri termasuk
kerajaan persekutuan.
Bandingkan
pula dengan Pinang dan Selangor? apa bezanya?
Seperti
yang saya katakan bahawa tiada siapa boleh menjatuhkan MUKHRIZ duduki kerusi MB
Kedah itu kecuali 11 dari 21 DUN BN atau jika tak selesai terserah di tangan 19
dari sejumlah 38 kerusi DUN Kedah. Jelas 14 dun yang dikatakan sokong MUKHRIZ
disingkir AUTA dan permainan mereka yang busuk hati dan benarlah ada dipaksa.
Nah,
hanya dua cara itu sahaja Mukhriz boleh dijatuhkan jika 21 DUN Kedah tidak
dapat selesaikan, barulah 36 ahli dun Kedah selesaikannya secara undi tidak
percaya di DUN. Ini cara perundangan tubuh kerajaan Negeri.
Apa
sudahnya nanti kepada Najib dan yang beriya-iya mahu jatuhkan MB Kedah itu?
Kita lihat nanti dan untuk itu tahniah buat MUKHRIZ.
No comments:
Post a Comment