AMANAH KESAL SIKAP BIROKRASI JPN DALAM PEMBIKINAN MYKAD TERHADAP RAKYAT SABAH



Tuesday February 02.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:-  Sikap karenah  birokrasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam memproses permohonan Mykad terhadap rakyat Sabah dan terlalu banyak prosedur  jelas ini menyulitkan mereka sukar mendapatkan mykad.

Pelbagai halangan di perkenalkan oleh JPN seperti mewajibkan “Pengesahan Taraf” dari mahkamah diminta mengisi Borang 10 dan bagi  membetulkan fakta dalam Sijil Lahir dan sebagainya  berbanding dengan PATI yang mendapat Mykad begitu mudah tanpa apa-apa syarat dikenakan.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah Hj Hamzah Hj Abdullah berkata dalam sesi sidang media di sini kelmarin menyatakan rasa kesal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ditubuhkan bukan menyenangkan rakyat Malaysia akan tetapi  sebaliknya menyusahkan rakyat yang berurusan tentang pembikinan Mykad.

“Dengan ini saya bagi pihak Parti Amanah Negara (AMANAH) menggesa JPN supaya melonggarkan syarat-syarat untuk memproses pembikinan Mykad khusus untuk rakyat Sabah seperti mana JPN telah melonggarkan syarat-syarat kepada rakyat asing (PATI) dalam memiliki Mykad dengan mudah” tegas Hj Hamzah.









No comments:

Post a Comment