JKKK-JKDB DAN RUKUN TETANGGA DISARAN ANJUR GOTONG ROYONG BASMI NYAMUK AEDES HAPUS DENGGI….TEGAS RAHIMAH



Thursday February 11.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabainsider14.blogspot.com

BATU SAPI:- Beberapa kawasan di daerah ini kini telah dikenal pasti sebagai tempat pembiayakan dan sarang nyamuk Aedes dan  demam  denggi berdarah  sebanyak 265 kes maka masyarakat yang tinggal di kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan harus mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan sekeliling rumah.

Jabatan Kesihatan Sandakan memang berperanan membantu untuk memberikan pencerahan dan penerangan  mengenai cara-cara bagaimana hendak  menghapuskan nyamuk Aedes  yang ada dipersekitaran selain melakukan forging  di kawasan-kawasan tertentu.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimag Arsah ketika berucap dimajlis ceramah mengenai “HAPUS DENGGI”  anjuran bersama Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi dengan Jabatan Kesihatan Sandakan antara lain memberikan nasihat  kepada kedua-dua penduduk iaitu Kampung Bahagia dan Kampung Gas agar sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan terutama sekali pastikan kawasan sekeliling bersih tiada tin-tin kosong yang mengandungi air atau pasu-pasu bunga kerana ini adalah tempat pembiayakan jentik-jentik yang membesar menjadi nyamuk Aedes.

Kata Rahimah demam denggi adalah satu wabak paling bahaya kepada manusia seandainya seseipa yang terkena demam denggi berdarah  jika lambat mendapat rawatan rapi di hospital-hospital berkenaan  mereka akan menempuh maut dari itu saya nasihatkan penduduk-penduduk pastikan rumah anda tiada Nyamuk Aedes tiada Dengi”

“Saya syorkan pihak JKKK dan JKDB ternasuk Rukun Tetangga (KRT) agar mengadakan gotong royong disetiap sudut kampung dan taman-taman perumahan agar kebersihan terjamin dari menghindari  wabak demam denggi” katanya.



No comments:

Post a Comment