Tuesday Februari 02.2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
BATU SAPI:- Parti KeADIlan Rakyat (PKR) Cabang Batu Sapi telah mengadakan mesyuarat bulanannya yang diadakan di Bandar Ramai-Ramai kelmarin.
Pengerusi Cabang PKR Batu Sapi Hj Basri Ibrahim teleh mempengerusi mesyuarat tersebut
yang hampir dua jam itu bagi membincangkan isu-isu semasa.
Agenda kedua ialah mengenai penambahan ahli PKR kerana
memandangkan ramai di kalangan penduduk kawasan Sekong termasuk Batu Sapi
mereka berminat untuk menyertai PKR.
Antaranya turut hadir pada sisi menyuarat itu ialah Naib Ketua
Cabang 1 Baby Annie Alsali, Naib Ketua Cabang 2. Matusin Apang Bendahari
Mustafah Talib Ketua Wanita Norhaya dan Ketua Angkatan Muda Mohd Fadil dan ter
masuk Ahli Jawatankuasa Cabang yang lain.
Hj Basri dalam ucapannya
menyeru semua ahli-ahli PKR Cabang Batu Sapi agar sentiasa memberikan kerjasama dengan rakan-rakan seangkatan dalam
barisan Pakatan Harapan iaitu antara DAP dan juga Amanah.
Katanya ketiga-tiga parti
ini bergabung dengan satu tujuan dengan satu matlamat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU14
nanti.
“Kalau boleh tolong
daftarkan anak-anak muda yang berumur 20 tahun sebagai daftar pemilih baru (SPR)
agar mereka boleh mengundi bila genap usia mereka 21 tahun untuk PRU 14 nanti”
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment