MEMANG MEMALUKAN DI MATA PELANCONG LUAR BANDAR SANDAKAN PALING KOTOR JIJIK DIPANDANG MATA



Saturday February 06.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Daerah Sandakan dengan nama kelahirannya Bandar Semula Jadi (Nature Town City) nama itu telah membawa Sandakan sebagai   tanda mercu tempat persinggahan para pelancongan asing yang kebanyakannya pelancong dari Negara Cina berkunjung ke sini.


Akan tetapi masyarakat Sandakan kini sering mempersoalkan tentang ketahapan kebersihan memang tidak terjamin kalau  dilihat secara mata kasar.

Contoh yang paling dekat sekali ditengah-tengah pusat Bandar Sandakan terdapat beberapa bangunan antaranya depan Sabanah dan belakang Habeeb Restoran bukan main punya kotor  air mengalir  jatuh kebawah bumi dari tingkat atas bangunan dan lantas mengenakan semua kenderaan yang diletakan  di bawah tingkat ini.


Mereka mendakwa air mengalir  dari atas tingkatan bangunan itu kalau air bersih mereka tak kisah sangat ini air kumbahan air najis terkena kereta orang bukan kah berbau busuk jadinya.


Sudahlah  begitu  tempat letak kereta yang ditakongi air bau busuk kadar bayaran yang dicaj  kenakan kepada pengguna sama juga antara RM 1,00 hingga RM2,00 sejam.


Kalau dilihat secara mata kasar bukan saja di bangunan depan Sabanah dan Belakang Habeeb Restoran yang bermasalah air mengalir (air terjun) dari atas bangunan boleh di katakan keseluruhan bangunan mempunyai masalah serupa seperti keadaan bangunan-bangunan yang lain.


Kita mahu tahu di mana letaknya para kaunselor yang dilantik apa tugas dan peranan mereka kenapa perkara seburuk ini mereka tidak akan laporkan kepada pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk dipantau.


Nama saja Sandakan Nature City nama yang menjadi kebanggaan rakyat dan penduduk Sandakan tetapi tidak berbaloi sakit mata memandang kalau lihat semua bangunan mempunyai air terjun daripada air najis.

No comments:

Post a Comment