Wednesday February 03.2016
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
PETALING
JAYA:- Walaupun
ramai ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah termasuk sokongan daripada ADUN-ADUN
Pembangkang PKR untuk menyelamatkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai
Menteri Besar Kedah nampaknya gagal.
Atas desakan Perdana Menteri Datuk Mohd Najib
Tun Abd Razak supaya Mukhriz meletak jawatan Menteri Besar Kedah nampaknya
Mukhriz menyahut cabaran Najib.
Dengan
rasminya Mukhriz Mahathir hari ini
mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa
serta-merta.
Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.
"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman.
Beliau juga mengumumkan, Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.
Selain meletak jawatan sebagai Menteri Besar, Mukhriz turut melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah.

Saya
sebagai Wartawan portal The Sabah Insider.Net
kini sedang berada di Wisma Darul Aman untuk mengadakan sesi sidang
media bersama Datuk Mukhriz
Saya akan melaporkan
kembangan semasa krisis politik UMNO Kedah
dari masa kesemasa.
No comments:
Post a Comment