KARYA ISMAILY BUNGSU
SAYA sebenarnya tidak ingin bicara soal agama ini apa lagi
yang menyentuh islam dan kristen sebab selalu saja disalah tafsir dan seolah membangkitkan
amarah.
Tetapi kali ini saya usaha bercakap sedikit dan ikhlas
saya katakan tanpa ada niat lain sebab saya lihat budaya luar itu semacam masuk
ke dalam mahu merosakkan tali persaudaraan kita sesama.
Memang hal ini tidak boleh kita biarkan sama sekali kala
kita sayang Sabah dan kita sayang saudara2 kita yang cukup baik.
Terus terang saya katakan keutuhan kaum dan agama di
Sabah ini memang yang terbaik dalam dunia dan tidak ada lagi yang terbaik
selain keutuhan di Sabah ini.
Saya sejak di sekolah menengah st patrick Membakut memang
kala tingkatan satu hingga 3 belajar/masuk kelas bible dan saya belajar dan
kala itu father david yang mengajar.
Di sekolah itu banyak teman-teman saya beragama kristen
dan mereka cukup baik dan rata-rata
mereka itu saudara-saudara saya
juga asal kg gana dan Tandui jadi kami cukup akrap.
Bila musim chrismas atau pesta menuai, mendengar saja
muzik gong, saya melompat dan terus ke rumah nenek Manahai dan di sana ada
menari sumazau kekadang sampai ke subuh dan tidur di sana. memang seronok.
Bila hari raya, anak-kanan nenek mahahai pula datang dan
tidur di kampung dan kami cukup akrap, masak makan sama meski agama ini beda
dan tiada rasa semacam beda perasaan, semuanya sama satu keluarga.
Hubungan itu hingga sekarang.
Dan sekarang bila Chrismas kami ketemu di rumah lama di
gana dan rata-rata yang datang itu
cucu-cucu anak-anak manahai dan hampir semua dalam rumah yang datang
ramai-ramai itu separuh islam dan separuh christian, malah ada yang bukan islam
bijak membaca al-fatihah seperti suaminya Flersia dan Flersia masih kristen tetapi
ibunya islam kawin dengan orang Menumbok.
Memang di Sabah ini agak lain sikit dan itu sebab saya
kata budaya di Sabah ini nombor satu. ini pengalaman saya sebagai pengarah
kebudayaan Sabah sekitar 25 tahun.
Kekadang saya ketemu teman-teman sesekolah saya dulu asal
gana tandui dan bertahun tidak ketemu, sekali ketemu mereka peluk saya dan
mengatakan syukur dapat berjumpa dan mereka itu kristen agamanya dan kesan
pelukan itu kekadang saya ngalir juga air mata saya sebab mereka ini terlalu
baik buat saya dan kesan baik itulah adek saya/datin raisah dipelihara dijaga
oleh nenek Lim yang sudah meninggal 4 tahun lalu di Gana dan sempat juga adek
saya datang ke sana sebab dianggap macam ibunya juga meski kristen agamanya.
Itu sebab saya katakan kalau saja Ibrahim ali yang mahu
bakar bible itu ajak perang Salib, maka sayalah yang siap di depan memancung
kepala Ibrahim Ali sebab Nabi tidak pernah ajar membunuh dan memerangi orang
yang tak bersalah.
PERISTIWA P-ERKARA....Membakar Bible yang menyakitkan hati para penganut Kristian kenapa Polis membiarkannya
Jadi, terus terang s
aya memang sayang saudara-saudara ,
anak-anak buah saya yang agamanya kristen dan hubungan kami sesama tiada
sesiapa yang akan berjaya memutuskan.
Memang perpaduan antara islam kristen di Sabah cukup unik
sebab ramai antara mereka ini dalam rumah/adek beradek ada agamanya islam dan
ada Kristen tetapi cukup harmoni penuh kasih sayang dan kalau adapun sengketa
itu bukan kerana agama tetapi kerana hal-hal lain.
Sebagai kesilpulannya orang Sabah yang mempunyai 32 suku
kaum bangsa yang mempunyai perbezaan anutan agama mereka boleh duduk semeja
makan dan minum di kedai-kedai ataupun warung-warung.
PERISTIWA PERKASA Hendak membakar Gereja kenapa kerajaan membiarkan tidak mengambil sebarang tindakan adil kah ini
Keadaan ini amat jauh berbeza dengan cara kehidupan dan
budaya orang-orang di Semanjung yang terlalu panatik suka menghina bangsa dan
mencari agama-agama lain di Sabah tidak mereka lebih menghormati suku-suku kaum
dan agama-agama lain.
Salam kasih sayang buat semua
No comments:
Post a Comment