Sunday February 14.2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogsopt.com
BOLEH dikatakan dalam 57 blok yang ada di Program Perumahan Rakyat (PPR)
Taman Mesra 70 peratus pembentungan saluran kumbahan najis tersumbat.
Fenomena ini berlaku bukan satu dua bulan akan tetapi hampir masuk tiga
tahun walaupun penduduk ada yang membuat laporan rasmi ke Unit Aduan Rakyat
Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan tetapi amat mendukacitakan tiada apa-apa
tindakan yang diambil.
Kelmarin Pengerusi Parti
Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sabah Hj Hamzah Hj Abdullah telah membuat lawatan
kebebarapa blok Taman Mesra setelah dimaklumkan terdapat banyak masalah
penduduk setempat tetapi tidak pernah di ambil tahu oleh pihak kerajaan.
Secara kebetulan Hj Hamzah
pergi ke Taman Mesra terlihat beberapa orang sedang menyenggelarakan pembentungan najis yang
tersumbat mereka terpaksa bergotong royong untuk membaikinya agar segala najis
tidak melimpah ruah keluar.
Yang peliknya kalau penghuni
Taman Mesra gagal membayar sewa rumah tertunggak hanya 3 bulan sahaja rumah mereka terus disita tanpa ada
rasa belas ehsan akan tetapi dari segi
masalah penduduk yang berulang-ulang kali dilaporkan sehingga kini tiada reaksi
dan tindakan diambil.
Sudahlah begitu tindakan
pihak Unit Penguatkuat MPS bertindak kepada penduduk yang gagal membayar sewa
rumah diperlakukan seperti binatang sungguh kejam mereka langsung tiada peri
kemanusian diperlakukan seperti anjing.
Baru-baru ini kes pasal seorang anggota Unit Penguatkuasa
MPS di katakan hendak membeli kelapa parut tidak sabar untuk menunggu giliran
terus bertindak merampas peralatan kedai Aslam di Taman Indah Jaya dan kes itu
sudah sampai kepihak polis.
Saya sendiri terlibat
membuat keterangan polis, Asalam tuan punya kedai dan Hj Hamzah Hj Abdullah
turut memberi keterangan kepada pihak
polis mengenai kegaganasan pihak Unit Penguatkuasa MPS.
Menurut Hj Hamzah kes ini
telahpun selesai disitu saja akan tetapi ada pihak kedua akan mengambil
tindakan undang-undang untuk menyaman pegawai-pegawai Unit Penguatkuasa MPS
yang terlibat berlaku kasar di kedai Aslam itu kita tunggu dan lihat
perkembangan seterusnya.
No comments:
Post a Comment