Monday February 29.2016
KARYA: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com
PANAS BETUL Pegangan Najib jadi PM banyak bala dan malapetaka terjadi di negara ini satu-persatu. Coba anda imbau kembali apa bala yang pertama menimpa Malaysia
TUGAS kita sebagai penulis sama macam tugas yang lain sebagai umat manusia atau hamba Allah, iaitu menegur yang salah silap dan yang ditegur kena baiki setiap kesilapan itu.
Jika sebagai hamba Allah tidak menegur dan
membiar saja perkara mungkar, korupsi, penipuan, bohong, dusta, aniaya dan
sebagainya berleluasa maka siap Allah mungkin saja mendatangkan bala bukan saja
buat diri malah buat semua orang.
Lagi jika kita tidak menegur makna kita sama
subahat membiarkan mungkar itu di depan mata dan kesannya mungkin saja negara
kita bakal sama seperti keadaannya kerajaan SABBA seperti yang dijelaskan dalam
Al Quran.
Memang jelas kerajaan di bawah Najib Razak
bukan membaik tetapi semakin memburuk dan Najib kelihatannya tidak bijak mengolah
tadbir kerajaan untuk membawa rakyat ke negara maju seperti yang sama kita
impikan di tahun 2020.
Negara maju, makmur di tahun 2020 yang tinggal
sekitar 3.5 tahun lagi jelas hancur berkecai dengan segala macam beban yang
ditanggung oleh rakyat.
Kita jangan lupa ketika kita merdeka negara
dibangun dengan hasil timah dan kemudian getah. Bila getah diboikot oleh
british dicipta getah tiruan tetapi ketika itu kepimpinan negara sudah siap
dengan sawit dan kesannya ekonomi negara tidak mudah dibunuh oleh negara asing.
Bila sawit juga semacam dibantai dan menjadi
murah kesan disaingi oleh kacang soya dan lain-lain, lalu tanpa kita fikir
sebelumnya tiba kerajaan juga sudah bersiap sedia dengan emas hitam alias gas
minyak di perut bumi Malaysia dan secara tidak langsung ekonomi negara terus
berkembang dengan baik.
Disamping itu Mahathir usahakan lagi industri
pembuatan kereta dengan cara memandang ke timur dan jelasnya kepimpinan negara
ketika itu selalu saja dalam keadaan bersedia menghadapi kemungkin-kemungkinan yang diluar jangka dan di sinilah letaknya
kepimpinan yang menggunakan akal dan otak serta membaca masa depan negara
bangsa.
Di Bawah Najib sekian tahun lanjutan Abdullah
Badawi, apa saja yang mereka rancangkan untuk masa mendatang? jelas keduanya
tidak berbuat apa-apa selain Abdullah hanya laungkan slogan negara islam contoh
dan islam hadhari?
Apakah benar negara kita ini Islam Hadhari dan
negara islam yang bisa dicontohi kesan korupsi bermaharala, sekat, tindas
tangkap bersuara tidak dibenarkan? fikirlah sendiri!
Kesan ketidakbijakan itulah negara dalam
bencana dan rakyat cukup menderita terutama sekali bila GST mula dikenalkan,
subsidi hilang terus dan dana rakyat dalam Tabung Haji dan dana pencen
digunakan entah untuk apa hingga kita hutang 1MDB kita tak tahu larinya ke
mana?
Demikian juga kasus derma RM2.6 bilion yang
jawabannya berputar-putar dan jelas itulah caranya menjawab secara putar alam
dan kesannya rakyat semakin bingung dan tidak mengerti tentang kerajaan yang
terajui negara ini kelihatannya seperti apa.
Memang jelas bawah Najib terlalu banyak
skandal dan yang di atas dalam perkhidmatan awam sama sekali tidak boleh
dipercaya sebab amanah yang diberikan selalu saja digunakan untuk selamatkan
tuan dan bukan kepentingan negara bangsa.
Barangkali di Malaysia ini Najib boleh saja
selamat kesan yang di atas ada yang berkuasa usaha terus melindungi tetapi kita
lihat nanti mahkamah di luar Malaysia yang sekarang siap mahu mengheret Najib
ke muka pengadilan.
Jikapun terlepas kesan ada sebab-sebabnya maka
siaplah di mahkamah Allah juga akan menyelesaikan secara seadil-adilnya malah
dalam dunia ini juga akan nampak yang dinamakan hukum karmanya.
Sungguh hairan bangsa kita ini terlalu baik
kesan kain pelikat dan sedikit dana TATAP UNDI BN juga kata mereka seolah
tersihir dan mereka ini kalangan yang buta hati dan mata tidak memikirkan
negara bangsa, cucu cicit mendatang dan yang mereka lihat hanya dana di depan
mata, projek berjuta atau ratusan ribu dan akhirnya negara bangsa kita sendiri
bakal tergadai.
Kita lihatlah nanti dalam masa terdekat dimana
bangsa dusun/kdm, di mana rungus brunei dan di mana bajau murut orang sungai?
Yang ada hanyalah Melayu Baru yang wajahnya
jelas dari seberang dan ngomongnya juga agak asing buat kita, lalu ketika itu
siapa saja bakal disalahkan?
Ada otak dan akal fikirlah dan ada mata lihat.
Siang pandang-padang dan malam
dengar-dengar lah dan elak asyik membuta tuli dan memboroikan perut kesan
rasuah korupsi.
No comments:
Post a Comment