RAJA GELEK MALAYSIA M DAUD KILAU DISAHKAN MENINGGAL DUNIA SUBUH TADI?


Saturday February 13.2016

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com

KUALA LUMPUR:-  Datuk M Daud Kilau Beransur Pulih  Raja Gelek Malaysia, M Daud Kilau yang terlantar sakit di Hospital Teluk Intan sejak Ahad lalu selepas mengalami komplikasi membuang air kencing kini beransur pulih.

Pemilik nama Datuk Muhammad Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek berasal dari Kampung Sungai Balai, Bagan Datoh mula menunjukkan reaksi positif dan tidak sabar mahu bertemu peminatnya.
“Saya meminta kepada semua rakyat Malaysia, peminat-peminat dan juga rakan-rakan seangkatan saya di seluruh negara mendoakan kesihatan saya.
“Saya yakin dan percaya boleh menghiburkan peminat-peminat saya yang ada di seluruh negara. Saya diberi layanan yang terbaik oleh pihak Hospital Teluk Intan. Saya tidak mahu mengalah selagi kudrat saya ada untuk menghiburkan peminat,” katanya.
Anak lelakinya, Ahmad Zaini menyatakan ayahnya dimasukkan ke wad selepas mengadu sukar untuk membuang air kencing dan turut mengalami penyakit kencing manis serta masalah buah pinggang.
“Selepas ayah mengadu sakit kami membawanya ke HTI untuk rawatan sebelum dimasukkan ke wad untuk membolehkan pemeriksaan rapi.
“Sebenarnya ayah tidak mahu dimasukkan ke wad untuk rawatan kerana sudah berjanji bertemu peminat pada Konsert Fiesta Bagan Datoh Ahad lalu. Kami sekeluarga tahu ayah sangat kecewa kerana tidak dapat membuat persembahan di fiesta berkenaan namun dia tetap akur dan mendengar nasihat kami,” ujarnya.


Berita menghayat hati Wartawan Hiburan The Sabah Insider.Net Kuala Lumpur sebentar tadi  telah dikejutkan dengan berita kamatian M D Kilau subuh tadi benar kah atau sebaliknya kita tunggu berita selanjutnya daripada mediap-media berkenaan.

No comments:

Post a Comment