KPDNKK GAGAL PANTAU HARGA BARANG WALAUPUN HARGA MINYA TURUN

Tuesday March 01.2016


OLEH: SHARLENE SAHRIZAL ABDULLAH 
www.sabahinsider14.blospot.com 

KERAJAAN baru saja mengiystiharkan harga minyak turun berkuatkusa jam12.01 (01-03-2016) malam kelmarin harga baru untuk semua produk adalah seperti di bawah; RON97 - RM1.95/lt *termasuk GST RON95 - RM1.60/lt Diesel - RM1.35/lt Sebagai rakyat marhean, diminta agar pihak 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak duduk diam atau sekadar Online Facebook serta Twitter mahupun Whatsapp dan Telegram untuk mengikuti perkembangan terkini harga barangan di pasaran.

 Harga barangan keperluan utama harian penduduk masih lagi tidak menunjukkan sebarang penurunan harga. Difokuskan kepada Pengarah KPDNKK Negeri Sabah, agar jangan hanya duduk sambil makan gulagula  M&Ms atau Chipsmore tanpa membuat sebarang atau pembentukan jawatankuasa bertindak pemantauan harga di 3 bandar utama Seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau termasuk juga di pekan--pekan  kecil. 


Kita sedia maklum kekurangan pegawai adalah menjadi punca utama gerak kerja pemantauan harga ini tidak dapat dijalankan secara drastik. Tetapi, sehingga hari ini sejak 1 Januari 2016 hingga 1 Mac 2016 tidak satu pun kenyataan dibuat Oleh Pengarah KPDNKK Sabah mengenai isu harga barang keperluan yang tidak menunjukkan sebarang penurunan. Apa sebenarnya Pengarah Kpdnkk ni buat? 


Apakah beliau hanya menunggu aduan, aduan dan aduan? Baru bergegas membuat pemantau. Sebagai cadangan, Cara kerja KPDNKK perlu di transformasi serta merta, jangan ada tunggu ada aduan, tunggu ada menteri KPDNKK turun baru hendak sibuk memantau harga. 

Apa yang mengecewakan, KPDNKK  Sabah masih mengamalkan sistem Double standard dalam kerja pemanatauan. 

Kepada YB Menteri berkenaan tukarkan saja Pengarah KPDNKK Sabah ini kerana tidak menjalakan tugas seperti yang diamanahkan oleh kerajaan dan sambil lewa sahaja tidak mengiraukan keadaan sekeliling yang berlaku. 


 Sebagai Pengarah PKDNKK harus mempunyai daya inisiatif dan proaktif juga inovatif dalam melaksanakan tugas bukan goyang kaki diatas kerusi empuk saja terima gaji setiap bulan beribu-rubu tetapi perlaksanaan tugas tidak berbaloi dengan gaji yang diterima.

No comments:

Post a Comment