Saturday February
20.2016
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Ramai
di kalangan pekerja Bangladesh di Negara ini yang ingin mengawini perempuan-perempuan Melayu tempatan akan di berikan Kad Pengenalan
(mykad) oleh kerajaan ini untuk mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan.
Mereka membuat pengakuan
itu selepas ditanya sekumpulan ahli Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan
Sederhana (IKHLAS) di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di sini,
hari ini.
Sambil memegang Jalur
Gemilang yang diberikan, pekerja Bangladesh terbabit mengaku memperoleh banyak
keistimewaan sehingga enggan pulang ke negara asal.
“Ramai dapat IC betul
tak?,” tanya Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah.
“Betul,” jawab sekumpulan
pekerja Bangladesh.
Soalan: Dapat kahwin dengan
orang Melayu betul tak?
Jawapan: Betul
Soalan: Kahwin dengan orang
Melayu dapat IC betul tak?
Jawapan: Betul
Soalan: Kahwin dengan orang
Melayu sebab nak berniaga betul tak?
Jawapan: Betul
Sementara itu, Mohd Ridzuan
dalam sidang medianya berkata, pengakuan sendiri warga Bangladesh itu
membuktikan mereka mendapat keistimewaan mengalahkan rakyat tempatan.
“Warga Bangladesh sendiri
sebut tadi mereka suka di sini. Apa yang saya sebut tadi mereka semua dapat.
Saya rasa apa yang mereka dapat rakyat tempatan tak dapat,” katanya.
Mengula lanjut, Ridzuan berkata kebanyakkan pekerja asing yang sudah bekerja di negara ini tidak
bersetuju dengan kemasukan 1.5 juta warga itu yang baru sahaja ditandatangani
antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia tetapi pihak Kerajaan Malaysia telah
menangguhkan buat sementara pengambilan pekerja dari Bangladesh dan keseluruhan
ekoran bantahan daripada seluruh rakyat tidak setuju kerajaan akan membawa
masuk Banggla ke Negara ini sejumlah 500 ribu orang itu.
Sabah Insider difahamkan
adalah titik kotor para pemimpin kerajaan UMNO-BN sekiranya kemarahan rakyat sudah reda baru secara
senyap-senyap 1.5 juta Bangldesh
memasuki ke Negara ini tanpa disedari oleh mana-mana pihak hanya para pemimpin UMNO dan BN saja yang mengetahui
segala-galanya.
No comments:
Post a Comment