CADANGAN MENAIKAN KADAR SAMAN JALAN RAYA RM300.00 HINGGA RM1,000.00 BERBALOI



Thursday February 11.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

CADANGAN Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar  menaikan kadar nilai saman dari RM300.00 hingga yang lebih tinggi adalah satu tindakan wajar dan perlu disokong oleh semua pihak untuk mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya  yang semakin kritikel  di seluruh Negara hingga membabitkan ramai nyawa terkorban.

Katanya dengan kadar bayaran saman sekarang hanya RM300.00 mereka yang banyak wang masih mampu dan beruapaya bayar denda  keatas saman yang dikenakan.

Disamping itu kata Khalid, ia adalah bagi mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan kerana mereka masih dilihat penyumbang utama kepada kemalangan.


“Dengan menambahkan kompaun yang lebih tinggi  diharapkan pengguna jalan raya akan lebih bertanggungjawab kerana RM300.00 yang ada sekarang mereka mampu pembayar

Khalid berkata, berikutan peningkatan jumlah kemalangan yang masih tinggi, kemungkinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mencadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya pesalah trafik membayar dengan mudah seperti ‘kacang’ sahaja.

“Sebagai contoh, pihak saya lihat masih ramai lagi pengguna jalan raya yang menyalahgunakan lorong kecemasan dan ini merupakan antara punca berlakunya kemalangan maut dalam setiap op selamat yang dilaksanakan,” katanya.

Tanpa mendedahkan statistik terkini Op Selamat 8/2016, Khalid berkata, sejak operasi itu dilancarkan pada 1 Februari lalu, jumlah kemalangan tidak menunjukkan sebarang perubahan, khususnya kemalangan maut.

“Jadi apa yang merunsingkan polis ialah sikap pengguna jalan raya yang tidak mahu mematuhi peraturan lalu lintas,” katanya.

Katanya seperti apa yang berlaku satu kemalangan di Jalan Lahad Datu-Tawau yang membabitkan kereta Alza dan sebuah Vigo milik kerajaan Jabatan Kesihatan gara-gara Bas Tung Ma coba memotong jalan main sesuka hati hingga menyebabkan berlakunya kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu kereta Alza mati serta merta ditempat kejadian.


“Jika kerajaan akan menaikan rit saman dari RM300.00 hingga ke RM1,000 ini berpatutan   kerana bagi mereka yang kurang mampu harus berhati-hati  ketika memandu kenderaan dijalan-jalan  dengan sekaligus boleh mengurangkan kadar kemalangan raya” katanya

No comments:

Post a Comment