Wednesday February 03.2016
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN &
SHAIMON S JUMADI
www,sabahinsider14.blogspot.com
SUNGEI PETANI:- Sejarah
yang paling menggembirakan rakyat Kedah belum pernah mana-mana parti
pembangkang di dalam Malaysia menyokong usaha murni kerajaan yang bermotifkan
menyokong dan menyelamatkan kedudukan seorang anggota Kabinet kerajaan.
Wartawan portal The Sabah Insider.Net yang ditempatkan di
mana-mana sudut yang sentiasa mengikuti akan
perkembangan perjalanan senario politik dan Kes Menteri Besar yang disandang
oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir
Mohamad yang akan digulingkan atas desakan Perdanama Menteri kini hampir
selamat
Syabas Parti KeAdlian Rakyat (PKR) Kedah membuat keputusan untuk menyokong Datuk
Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai menteri besar, mengatakan perubahan
kepimpinan pada ketika keadaan ekonomi tidak menentu, tidak memihak kepada
rakyat.
Keputusan ini dicapai selepas PKR negeri mengadakan mesyuarat biro
politik pagi ini di Alor Star bagi membincangkan kemelut menteri besar, tidak
berapa lama sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang
dijadualkan bertemu Jemaah Diraja Kedah.
"PKR membuat keputusan rakyat harus didahulukan dan kemelut
ini dimulakan Datuk Seri Najib Razak secara tidak bertanggungjawab demi
kepentingan politiknya.
"Kami menentang menteri besar ditukar pada waktu ini kerana
ia bukanlah untuk kebaikan rakyat Kedah dengan keadaan ekonomi yang sedang kita
lalui," kata Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail dalam mesej pesanan
WhatsApp kepada The Sabah Insider hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Kedah itu ditanya mengenai pendirian PKR berhubung
kemelut menteri besar melibatkan anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Krisis menteri besar Kedah sudah berlarutan sejak lebih seminggu
lalu, sejak Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Ahmad
Bashah Md Hanipah mengadakan sidang media pada 20 Januari menggesa Mukhriz
disingkirkan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini, Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan partinya menyokong pentadbiran
Mukhriz di Kedah.
Katanya, PKR menghormati proses Perlembagaan dalam menentukan
calon menteri besar yang dapat kepercayaan majoriti Adun dan sebarang keputusan
untuk menyingkirkan penyandang jawatan menteri besar bagi mana-mana negeri
mestilah diasaskan dengan alasan yang munasabah.
"Dalam kes negeri Kedah tidak ada sebarang alasan munasabah
yang dikemukakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz selaku menteri besar
selain daripada politik persaingan dalaman Umno.
"Atas alasan tersebut, pada pandangan kami, kami akan terus
menyokong pentadbiran yang sedia ada," kata Dr Wan Azizah yang juga
merupakan ketua pembangkang.
No comments:
Post a Comment